Thank you, Beautiful people :-)

Wednesday, August 24, 2016

Bismillah


Assalamualaikum.


Bismillah. Dengan nama Allah -- kalimah yang singkat tapi sering saja terlalai untuk diucap sebelum memulai pekerjaaan. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah s.a.w bersabda

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِىَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِى أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Apabila salah seorang di antara kalian makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta’ala. Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”.(HR. Abu Daud no. 3767 dan At Tirmidzi no. 1858. At Tirmidzi mengatakan hadits tersebut hasan shahih')
Mari kita berusaha untuk istiqamah memulai setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan kalimah Bismillah.  Kueh nona manis tu dah lama duduk dalam to do list sebab review banyak yang cakap sedap tapi sebab renyah sikit nak buat, bertangguh2 until big boss cakap dia nampak kueh macam bendera parti politik dekat majlis tahlilan di masjid. Dia tanya kalau me tau..me saja je usik dia..merah putih ke, hijau putih ke, oren putih..hahaha..bukan apa merah tu perasa stoberi, hijau tu perasa pandan, oren tu perasa lemon..muahahaha. Since ada yang nak makan, gigih la buat walapun bahagian hijau tu tersilap step tapi jadi juga. Rasanya memang sedap -- hijau yang manis dan putih yang lemak.

Kadang2 bila free, me suka juga browse resipi2 dekat group masak2 facebook. Ada few me dah cuba macam butterscotch bread pudding nie yang me modify sikit ikut apa yang ada kat dapur.  Resipi asal roti tu di sapu dengan nuttella, tekap 2 lepas tu potong 4 segi kecik2. Me takde nuttella, yang ada roti butterscotch dengan cranberries kering, non dairy cream, susu cair, telor, semua humban dalam casserole. Rendam kejap pastu bakar.  Me prefer bahagian atas yang garing dan bawah dia basah dan lembut.  Sedap dimakan dengan sos vanila tapi sebab kes malas kan..me curah ajer susu cair..siap..

***************************************

Sehingga bertemu lagi di entri yang akan datang, me kongsikan sebuah lagi hadis berkaitan dengan keberkahan kalimah Bismillah.  Daripada Jabir r.a berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

"Jika seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu ia menyebut asma Allah s.w.t saat ia masuk dan saat ia makan, maka syaitan berkata kepada teman-temannya, "tidak ada tempat bermalam bagi kalian dan tidak ada makan malam". Dan jika ia masuk, tanpa menyebut asma Allah s.w.t saat hendak masuk rumahnya maka berkatalah syaitan: "Kalian mendapatkan tempat bermalam, dan apabila dia tidak menyebut nama Allah s.w.t ketika hendak makan, maka syaitan berkata : "Kalian mendapatkan tempat bermalam dan makan malam". 

Hadis bukhari dan Muslim
Barakallahu feekum.

Monday, December 14, 2015

Marhaban Rabiul Awal



Assalamualaikum

Alhamdulillah wa syukrulillah kita sudah memasuki bulan Rabiul awal tanpa kita mengenepikan bulan-bulan lain didalam berselawat, melakukan sunnah sebanyak mungkin dan semampu kita, Bulan ini istimewa kerana ia adalah bulan kelahiran baginda rasulullah s.a.w..
Mari kita perbanyakkan selawat untuk melatih diri kita sentiasa berselawat, mari kita membaca sirah Nabi dan Syamail Muhammadiah bersama-sama keluarga suapaya kita kenal dengan Baginda Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabat baginda. Merasai dan meresapi dalam diri betapa besar dan jerih payah perjuangan Baginda dan para sahabat  didalam menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam ke seluruh alam.


Alhamdulillah, hampir 2 tahun lebih untuk khatam kitab ini bersama-sama Dr Shuhadak di Masjid Negara.  Bermujahadah untuk istiqamah hadir setiap bulan dihujung minggu dengan melawan nafsu malas dan penyakit lupa untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. Sunnguh lemah kami ini tanpa kekuatan dari Allah s.w.t.  


Salah satu kelebihan apabila kita membaca kitab-kitab tentang Rasulullah s.a.w ini kita akan membaca banyak hadis-hadis yang diriwayatkan contohnya dari kitab Syamail Muhammadiah sahaja kita akan membaca lebih 400 hadis.  Daripada periwayatan hadis itu juga,  kita  boleh mengenali sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

DH merupakan teman kuliah, teman berdiskusi tentang manhaj dan bab pengajian, berbahas tentang hukum apabila kami tidak sependapat dan juga hal khilafiah .  Dia juga menjadi jurucakap buat saya apabila ada soalan-soalan fiqh wanita yang mana saya sendiri tidak selesa untuk tanyakan secara terus dengan ustaz. Doakan kami istiqamah untuk terus berada di taman-taman syurga supaya kami dapat kongsikan apa yang kami pelajari dengan sahabat, kaum keluarga dan seterusnya keturunan kami.

اللهم أعني على ذكرك وشكرك، وحسن عبادتك
“Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika’"

Artinya: " Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu"

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Mu’adz, “Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu. Maka janganlah kamu lupa untuk membaca doa di setiap akhir shalat: ‘Allahumma a’innii ‘ala dzikrika wa syukrika, wa husni ‘ibaadatik.’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu).” (HR. An Nasa’i [1303]  dan Ahmad [21614]  Sahih Sunan Abu Dawud. )


Friday, October 16, 2015

Give Thanks


Assalamualaikum and hello readers :-)

Alhamdulillah wa syukru lillah.  Thank you for visiting and read my entry. This is a request by a dear friend.  I am so pleased when she chose my xstitch work to decorate her house.  Hope she will be happy once it is framed.



This chart titled "Give Thanks" by Country Cottage Needleworks.  CCN usually use cresent colours thread but no worries as they also provides substitute using DMC thread.  I made minor changes to the thread colours as I am using a lighter fabric colours.



Salaam Maal hijrah to all my muslim friends.  Didoakan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya dan moga apa yang dihajati di makbulkan Allah s.w.t.  Selamat berpuasa sunat pada hari Tasu'a dan 10 Muharam.  Moga amalan kita diterima Allah s.w.t

love,
salmi othman

Wednesday, September 16, 2015

Selamat Hari Malaysia - Pandan Cupcakes Gula Melaka





Assalamualaikum and Hello :-)

Baking can be stress relieved sometimes but depends on the level of the baking difficulty.  I would go for something easy if I feel that I need some therapy other than stitching.  I have been wanting to bake this cupcake since I saw rima's pandan cupcake gula melaka. It looks pretty and the combo it self makes mr drooling *hiks*.  I had googled for the recipe and stumbled upon this blog : Pandan Cupcake Gula Melaka. Big Thanks  to Faeez for a wonderful recipe.


Since I want to make an express cupcakes, I used a AB Mauri sponge cupcake premix with vanila flavour,  The premix directions required to beat the sponge mix with egg, milk and melted butter, I add 2 tea spoon of pandan paste, 1/2 teaspoon of green colouring and substitute the milk with ms instant santan.  1/2 of the premix (250g) yield about 14 cupcakes. Then..Bake!




The swiss meringue buttercream recipe is quite easy actually and it does not melt when I leave the cupcake at room temperature for many hours.  Will definitely use this recipe in future.  Bon Appetite!



Monday, September 14, 2015

Keutamaan 1-10 Zulhijjah



Assalamualaikum

Me mulai perkongsian ini dengan ucapan Innalillahiwainna ilaihirojjiun.  Allahumma firlahum war hamhum wa afihi wa'fu an hum pada mereka yang syahid di masjidil haram ketika kejadian kren tumbang pada Jumaat lepas.  Sungguh beruntungnya mereka di jemput ke rahmatullah pada hari Yaumul Jumuah, dimasjidil haram ketika sedang beribadah,  Moga mereka memperolehi khusnul khotimah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Insyallah, dengan izin Allah kita akan menempuh bulan zulhijjah esok dan 10 hari pertama yang digalakkan kita untuk memperbanyakkan amalan kita dalam tempoh tersebut.  Sedikit perkongsian tentang amalan yang kita boleh lakukan ketika dari 1 zulhijjah hingga 10 zulhijjah, moga bermanafaat buat pembaca semua. 

REBUTLAH PELUANG BERIBADAH PADA 10 HARI YANG MUBARAKAH (DIBERKATI).
قال الله تعالى :
"وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ." (سورة الفجر : ١-٢)
Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)." (Surah al-Fajr : 1-2)
Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata :
والليالي العشر المراد بها عشر ذي الحجة كما قاله ابن عباس وابن الزبير ومجاهد وغير واحد من السلف والخلف.
Maksud sepuluh malam tersebut ialah sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah sepertimana yang disebut oleh Ibnu 'Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan bukan seorang di kalangan ulama Salaf dan Khalaf.
Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:
"Tiadalah hari yang dilakukan amal soleh pada hari tersebut lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari pada bulan Zulhijjah.
Ditanya kepada Baginda: Sekalipun jihad di Jalan Allah?
Baginda menjawab : Sekalipun jihad di Jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan hartanya kemudian dia tidak kembali semula."
Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari rahimahullah.
CADANGAN DAN SARANAN
Perbanyakkanlah amalan berikut sepanjang hari yang mulia ini :
1) Bertaubat kepada Allah
2) Mendirikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah
3) Berqiyamullail
4) Beristighfar, berzikir dan berselawat
5) Membaca al-Quran
6) Berpuasa sunat khususnya Puasa Sunat Hari 'Arafah pada 9 Zulhijjah
7) Bersedekah
8) Hadir ke Majlis Ilmu
9) Berdoa untuk diri sendiri, ibu bapa, isteri / suami, anak-anak dan umat Islam.
10) Berkhidmat kepada keluarga dan rakan-rakan
11) Melakukan pelbagai amal kebajikan seperti menolong orang yang dalam kesusahan dan sebagainya.
BACA, AMAL DAN SEBARKAN.
Semoga bermanfaat untuk semua dan tersebar kebaikan.
"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan segala perkara yang Engkau sukai dan Engkau redhai."
الفقير إلى رحمة الله ومغفرته،
أبو عمار مدني،
عفا الله عنه وعن والديه وعن إخوانه وعن جميع المسلمين.
Semenyih, Selangor.
Ahad, 29 Zulkaedah 1436H - 13 September 201


Wednesday, September 02, 2015

Ungu Pansies dan Magnolias



Salaams and hello everyone :-)

Alhamdulillah, completed another piece of RE for a cushion and one more piece to go.  Design nie tak susah stitch sebab mostly guna simple ribbon stitch technique, french knots, loop stitch and satin stitch.  Yang payah sampai merah-merah ibu jari adalah ketika nak menarik keluar ribbon nie sebab kain teball..adeiiiihhh..susahnya nak cari cotton warna off white nie..me usually bought fabrik from kamdar, tapi kamdar pun tak banyak choice cotton plain sekarang. Gi spotlight pun me tak berapa berkenan dengan material dia sebab agak nipis nanti dah siap jadi cushion tak berapa nak terletak sebabnya filing yang ada sekarang pun semuanya tak berapa nak menggebu (betul ke ayat nie) hihihihi..so kena cari saiz pillow yang besar sikit dari saiz cushion.



Me really love this color combo yang di adaptasi dari majalah inspirations, since me follow jer kaler and design so cepat sikit siapnya. Kalau nak mula dari scratch. walaupun ada dah design, tapi otak me yang tak berapa nak seni nie seminggu juga nak fikir kaler apa, bunga apa..huhuhuhu,



Nampak senang tapi cerewet juga sebab design nie paling banyak pakai pelakon pembantu yang sweet2 macam bunga forget-me-knots. Teringat seseorang dan tetiba je hati rasa sayu. A week after my Bil passed away, on the same day juga which is monday 17 august, my niece passed away..memang terkejut jugalah sebab berita kematian selang seminggu, My Sil memang rasa ralat sangat sebab takde seorang pun ahli keluarga bersama arwah ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Sempat wish happy besday pada my sil sebelum arwah my niece pergi buat dialisis (she has been diagnosed with chronic kidney problem since she was 3 years old). On her way home dalam bas rapid tu dia collapsed then masa driver bas carry her to the nearby clinic, dia pergi buat selama-lamanya pada usia 22 tahun.  

Arwah pernah melakukan kidney transplant pada usia 15 tahun yang didermakan oleh my sil akan tetapi 2 tahun selepas itu, dia mengalami komplikasi dan terpaksa kembali kepada rawatan dialisis.
She is a fighter.  She never give up.  Kalau jumpa dia tak tahu pun dia sakit. Semoga my Sil tabah sebab me tidak layak nak cakap sabar pada dia. Me tau apa yang dia sudah lalui dan kalau me sekalipun belum tentu boleh menjadi orang yang sabar seperti dia.  Hampir 19 tahun hospial itu menjadi rumah ke dua dia. Semoga Allah mengganjarkan sebaik-baik kebaikan buat my sil atas kesabarannya dan menempatkan arwah my niece bersama roh orang-orang yang beriman. Allahumma Ammeen

Monday, August 17, 2015

Me, a Needleworker



Salaams and hello readers :-)

Alhamdulillah wa syukrulillah atas kesempatan yang masih diberi Allah.  Sesungguhnya mati itu pasti dan liang lahad itu adalah amaran keras Allah kepada yang masih hidup didunia ini sebagai peringatan yang kehidupan didunia adalah sementara, akan ada kehidupan yang kekal diakhirat nanti dimana amalan sahajalah yang dapat membantu kita.  Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa' fu'anhu buat allahyarham bil yang kembali menemui penciptanya minggu lepas.  Pemergiannya secara tiba-tiba dibulan syawal membuatkan me berfikir panjang bagaimana rasulullah dan ulama mengingatkan kita untuk memperbanyak memohon ampun kepada Allah pada bulan Ramadhan. Tidak ada yang lebih baik daripada kembali kepada Allah dengan segala dosa-dosa kita diampunkan. 


 

Me tak ingat dah berapa kali jahit design nie, mbe 4 atau 5 kali rasanya for a friends.  Makin meningkat usia makin la love hate relationship bertambah dengan cik linen nie, mata semakin letih nak fokus lama-lama.  Selalu ajer tersilap, jahit setengah jam, buka balik setengah jam, lepas tu jahit balik makanya sehari tak banyak mana pun siap.  dekat 2 bulan juga baru siap design sesimple nie.



Masa syawal hari tu teringin pulak nak makan nasi lemak, penat makan rendang ayam dan daging, so me buat rendang kerang.  Bon Appetite!

Take care and have a great day ahead.