Salaams and Hello Readers
Hampir sebulan dah me tinggalkan blog nie tanpa update...sukarnya mencari masa untuk menulis sebaris dua kerana tuntutan kerja yang sangat banyak. Dalam sebulan nie pun dah berapa kali me masuk keluar klinik, pakej batuk, selsema dan deman yang susah nak baik sebabnya hari kedua demam pun dengan badan yang masih mengigil-gigil ke pejabat jugak, terkejar ke sana sini dibawah cuaca yang tidak menentu sampai kadang2 lupa tuntutan fizikal yang tak berapa nak mampu dengan bebanan kerja. Sampaikan driving license yang dah berbulan-bulan expired pun me tak perasan....dengan selambanyalah drive sampai ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan and Pahang..hehehehe :-)
Ok, lupakanlah pasal kerja yang memang tak abis tu :-)..(syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan)..jom relax kejap ngan my classic hobby yang hampir siap..tinggal backstitch je lagi..walaupun backstitch tapi detailed jugak kena buat. Insyallah mengambil masa seminggu lagi. Harapnya dapat disiapkan before me fly to Ho Chi Minh City for few days.
Original kit comes with button and sewing charms, thanks to kak reen for the button gift packs that comes with varieties of button shape and colours *Love it *
I love this design !..never feel bored sewing it. Till next entry, take care and happy sewing :-)











