Thank you, Beautiful people :-)

Friday, October 18, 2013

Rose Garden Revisited


Bismillah.

Assalamualaikum and Hello Readers *wink*

Alhamdulillah, selepas sekian lama berlama-lamaan dengan rose garden nie, siap jugakla..still take two months for me to complete the order.  Lamanyaa kan, I wish I can complete it in two weeks, but not possible for me at this moment.  Since me was given an ample time to sew it, so bunga and daun bolehlah buat banyak sikit, cumanya bila kita mewarna riben, susah nak dapat kaler yang sama seperti sebelumnya..entah kenapa, cuba nak match pun hampir2 saja yang ada, tak dapat yang sama..itu yang dikatakan exclusive la kot sebab takde 2 warna yang sama..ehh ye ke??..hiks


Since masa yang diberikan agak lama, dapatlah me siapkan butang bungkus nie, lama dah tak buat nie, saja suka-suka nak tukar style butang.  Biasa me guna butang kayu yang me beli kat Jalan Tar, so kali nie me terajin sikit nak buat butang bungkus nie..cost me dalam 80 sen satu.


Kalau nak buat butang nie, basi kena besar yer, sebab senang nak bungkus, me tersilap agak so basi tu ngam2 sangat sampai auntie tu membebel2 susah dia nak adjust kedudukan bunga tu hahaha..sabar je lah..


Bila dah biasa membeli, adakala kita tak teliti, water erasable pen yang warna putih tu baru jer 2 hari beli, tapi hujung dia dah pecah, memang tak boleh nak melukis langsung atas kain sebab line jadi kembang sangat..tak perasan masa beli tu entah2 dah guna, sebab boleh pecah sampai macam tu, lagipun me beli kat kedai jahit jalan kaki dari rumah 5 minit dah sampai..so terpaksalah beli lagi satu, so this time me careful sikit bila membeli, check dulu mata pen tu :-).  Better test on dark fabric samada dakwat pen tu timbul atau tidak, kalau hujung mata pen halus pun susah juga nak tengok line yang kita lukis atas fabrik gelap.  Till next entry, me share wall post oleh ustaz azri FB , sangat menarik..jazakallahu ustaz.

Ganjaran Orang Dapur

Terbaca status :

"Anak Dara belajar tinggi-tinggi akhirnya masuk ke dapur jugak" ,

- tapi #Education tu yang akan membezakan dapur dia besar mana. Setuju ? hihi -

~ Maaf jika ana kurang bersetuju..

 

Kita Pandang Dari Sudut Islam

Orang dapur usah kecil hati..
Samada belajar tinggi atau tidak, tapi tetap menabur bakti di dapur..

Tanpa mengira dapurnya besar ataupun kecil..
Di dapurlah banyak boleh pahala dikutip..
Tambahan pula, yang makannya ramai..

Dapat 'Bonus' pula jika orang yang makan itu iftar..
Pahala puasa pun orang dapur boleh dapat..

Kan untung jadi orang dapur..?
Mudahnya Allah سبحانه و تعالى beri pahala..

Tapi sayang orang yang makan dari hidangan tuan punya selalu lupa doakan kepada orang yang memberinya makan..

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdoa untuk orang yang memberi makan..

اَللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنىِ وَ اسْقِ مَنْ سَقَانىِ
Allahumma ath-‘im man ath-‘amanii was-qi man saqaanii

("Ya Allah berilah makanan kepada orang yang telah memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minum kepadaku")

Hadith Riwayat | Imam Muslim | Imam Ahmad

Ia termasuk bab adab..
Jangan lupa hafal ya..

ككندا أزري | Sayangi Orang Dapur Mu..

Barakallahu fikum..

4 comments:

mamikelate said...

Cantiknya!

Salmi said...

terima kasih dr.yana :-)

Yati said...

Kak Sal, cantiknya rose garden tu. Hebat, kak Sal ni. Juga butang bungkus yang comel!
Thank you share pasal orang dapur tu. Kadang penat juga hari-hari masuk dapur, tapi bila mengenangkan rewardnya, sedikit sebanyak bagi kekuatan juga. Alhamdulillah.

shogun_na said...

wow....this is nice...halus tu nak buat kat butang balut tu...tabik spring la kak sal...