Thank you, Beautiful people :-)

Thursday, June 18, 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Pic credit to FB : Ustaz syed norhisham

Assalamualaikum

Buat semua sahabat-sahabat dan pembaca yang beragama Islam saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga ibadah kita diterima Allah s.w.t.  Semoga Allah memberikan kita kesihatan yang baik, kekuatan dan istiqamah didalam beribadah. 

Dikongsikan disini, artikel yang dipetik dari bayan linas, Mufti Wilayah Persekutuan. Moga bermanafaat untuk diri saya dan kita semua didalam meraih keredhaan dari Allah s,w,t

Mukaddimah
Hanya kurang daripada tiga hari kita semua akan dikunjungi satu bulan yang sarat dengan keistimewaannya. Alangkah beruntungnya seseorang yang memahami nilai dan fadhilat dan kelebihan bulan tersebut yang ditambah dengan menekuni fiqh Ramadhan sama ada fiqh siyam (puasa) atau yang lain-lain lagi.
Kita mengharapkan agar Ramadhan pada kali ini diisi dengan penuh acara kebaikan sama ada amalan sunat dan sudah semestinya yang wajib perlu dilakukan dengan seterbaik mungkin. Justeru Bayan Linnas pada kali ini kami namakan tajuknya dengan “Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.
Semoga pencerahan ini memberi satu matlamat dan inspirasi dalam melayari Ramadhan yang akan berkunjung tiba agar benar-benar menepati piawaian dan syariat Ilahi.
Adab Dan Amalan Di Bulan Ramadhan
Kedatangan Ramadhan pada kali ini, amat perlu kita isi dengan segala bentuk amalan kebajikan yang disunnahkan oleh  Baginda SAW. Yang lebih penting lagi, pastikan Ramadhan pada kali ini iaitu tidak dinafikan pahala ibadat yang kita tunaikan . Ini kerana kita melanggari syarat dan adab yang wajib kita tunaikan. Hal ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ، فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ، أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Maksudnya: Maka apabila pada hari kamu berpuasa maka janganlah bercakap kotor dan meraung marah. Maka apabila seseorang mencelanya atau memeranginya maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, Sesungguhnya aku berpuasa.
Riwayat Bukhari (1904)
Justeru manual harian Ramadhan dilaksanakan dalam mengukur piawaian pencapaian antara yang terutama adalah berpuasa kerana Allah dalam meninggikan nilai ibadat ini. Firman Allah SWT:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,
(Surah al-Bayyinah: 5)
Syed Qutb berkata: Ibadat kepada Allah yang Maha Esa mengkihlaskan ketaatan kepada-Nya, menjauhi syirik dan pendokongnya. Seterusnya ibadat yang tulus ikhlas kepada Allah itu adalah juru bahasa yang menterjemahkan akidah itu. Lihat Fi Zilal al-Quran, 17/484
Antara amalan dan adab yang baik untuk dilaksanakan adalah:
Puasa
  • Ta’khir sahur
  • Awalkan berbuka
  • Ikut sunnah dalam berbuka
 Solat fardu berjamaah
  • Dilakukan di masjid
  • Awalkan langkahan kaki ke masjid
  • Niat i’tikaf ketika memasuki masjid
  • Solat sunat tahiyyatul masjid
  • Solat sunat rawatib
  • Jawablah azan dan berdoa selepasnya.
 Banyakkan bacaan al-Quran
  • Cita-citakan untuk berkhatam
  • Tadabburkan ayat-ayatnya
  • Jangan rasa malas
  • Ajarkan anak dan keluarga ayat-ayat Allah.
 Banyakkan berinfaq
  • Tabung masjid
  • Anak-anak yatim
  • Fakir miskin
  • Orang tua
  • Ibu bapa
  • Kaum keluarga
  • Mereka yang dalam kesusahan seperti gempa bumi atau dilanda banjir
 Menunaikan zakat
  • Zakat fitrah
  • Zakat harta
  • Zakat ternakkan
  • Zakat perniagaan dan lain-lain.
 Menjamu orang puasa untuk berbuka.
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ
 Maksudnya: Siapa yang menjamu orang berbuka puasa, maka baginya pahala orang tersebut dengan tidak dikurangi dengan sedikit pun.
Riwayat at-Tabarani (5275)
Lakukanlah amalan yang mulia seperti:
  • Memberi salam
  • Senyum kepada orang ramai
  • Membersih tandas masjid
  • Membersih masjid dan kawasannya
  • Membantu penyediaan makanan di rumah atau di masjid
  • Berbudi bahasa yang tinggi
  • Hadir majlis ilmu dan mempelajarinya
  • Solat tarawih
  • Qiamullail
  • Solat witir
  • Memperbanyakkan zikrullah
Ini kerana pahala amat besar dan lumayan dijanjikan untuk mereka yang sentiasa melazimi zikir. Antara zikir yang boleh kita amalkan ialah:
 سُبْحَانَ اللَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Selain itu, perbanyakkan istighfar antaranya Sayyid al-Istighfar (penghulu istighfar) :
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Begitu juga doa keampunan kepada-Nya seperti :
ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Dengan berdoa dan beristghfar, sudah pasti ia mempunyai banyak kelebihan antaranya:
  • Menghapuskan dosa
  • Dikurniakan anak
  • Diturunkan hujan
  • Dimurahkan rezeki
Terdapat satu kisah menarik daripada al-Hassan al-Basri berkenaan istighfar ini. Kisah ini dinukilkan oleh Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Pada suatu hari ada seorang datang mengadu kepasa Hasan al-Basri tentang masa kemarau. Hasan berkata kepadanya “Beristighfarlah kepada Allah”
Ada pula lelaki lain mengadu akan kemiskinannya. Beliau juga berkata “Beristighfarlah kepada Allah”. Ada pula lelaki lain berkata "Doakanlah supaya Allah memberikan ku anak.” Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”. Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.
Anak muridnya berkata kepada Hasan “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua membaca istighfar?”
Hasan menjawab “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا ﴿١٢
“Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak2 mu dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”  
(Surah Nuh: 10 - 12)
Mohon keampunan kepada-Nya, dengan penuh keinsafan. Moga-moga dengan itu tersingkap tabir noda yang menutup pintu hati kita. Dengan itu, apa yang dihajatkan, akan dikabulkan-Nya dan mendapat redha dari-Nya. Wallahua’lam.
Antara lain, sentiasalah berdoa di bulan Ramadhan lebih-lebih lagi ketika waktu yang digalakkan berdoa, antaranya:
  • Ketika berbuka
  • Ketika bersahur
  • Sedang berpuasa
Dalam bulan Ramadhan ini sebagai menghormati bulan yang mulia, bagi melayyakan kita untuk meraih لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ . Makanya beberapa pantang larang  hendaklah dijauhi, antaranya
  • Sifat marah hendaklah dijarakkan daripada diri kita
  • Sifat hasad dengki
  • Sifat dendam kesumat
  • Sifat takabbur dan sombong
  • Sifat memperlekeh saudara seIslam dan orang lain
  • Sifat wasangka yang buruk dan su’zhan hendaklah diganti dengan husnul zhan (sangkaan baik)

Bulan Ramadhan mengukuhkan Institusi Kekeluargaan
Sebenarnya siang Ramadhan telah membentuk program harian keluarga bermula dengan cara kita berbuka hingga kepada bersahur, begitu juga aktiviti solat tarawih dan solat fardu dengan menuju ke masjid.   
Sebagai contoh kebersamaan dalam berbuka puasa lebih-lebih lagi diisi dengan sedikit tazkirah, zikir, tahlil dan pesan memesan di samping membaca kisah suri teladan sewaktu menunggu berbuka puasa di kalangan kelaurga sudah pasti menatijahkan kerukunan rumah tangga dan perasaan gembira pada hati-hati ahli keluarga.
Selepas itu pula solat berjamaah iaitu solat Maghrib boleh menambahkan lagi perasaan kasih sayang dan keutuhan hubungan selaras dengan pencapaian matlamat Hablum Minallah  DanHablum Minnas.  Begitu juga aktiviti yang lain yang dibuat secara kekeluargaan seperti membantu dalam menyediakan makanan hidangan berbuka dan membasuh pinggan mangkuk serta mengemaskan dapur selepas itu boleh menambahkan lagi seri kekeluargaan. 
Menaiki kereta atau kenderaan bersama untuk menuju ke masjid atau surau dalam mengimarahkan malam Ramadhan dengan solat Tarawih, witir dan lain-lain sudah tentu memberi kesan maknawi yang cukup besar dalam jiwa mereka yang melakukannya. Ini menjadikan sebuah keluarga saling mengambil berat antara satu sama lain dan pengalaman anak-anak yang dilatih oleh ibu bapa sudah barang tentu menjadi satu nostalgia yanga kan dicorakkannya pula.
Tatkala mereka menginjak dewasa dan akan menceritakan hal tersebut keapda anak-anaknya pula. Mereka seupaya mungkin akan membuat jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka dahulu. Natijahnya kelaurga akan menjadi aman damai dan penuh dengan kepuasan untuk meniti dan melayari bahtera kehidupan. Justeru benarlah Ramadhan sebagai pengikat kasih sayang dan penyambung silaturahim disamping membajai kerukunan rumah tangga dalam menuju kegerbang kebahagiaan.
Sifat berkasih sayang menjadi teras dan tiang utama dalam membangunkan institusi kekeluargaan dan juga masyarakat Islam. Dengan penghayatan Islam yang sebenar ibadat puasa serta pengisian malam dalam bulan ramadhan sudah pasti membawa banyak kebaikkan apatah lagi dilakukan secara bersama atau jamaie.
Semoga dengan amal jamaie ini serta berkat Ramadhan dan penambahan amalan yang disulami dengan keikhlasan akan menatijahkan kebahagiaan dalam kelaurga sehingga layak dinobatkan sebagai Baiti Jannti atau rumahku syurgaku. 

Penutup
Ramadhan yang membawa seri satu macam kebaikkan sudah pasti dapat dimanfaatkan oleh Mukmin sejati sama ada amalan yang wajib atau yang sunat, seperti tadarus al-Quran, Qiamullail, Solat Tarawih dan lain-lain. Begitu juga dengan mengkaji sejarah Ramadhan melalui kemenangan umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi sehingga kepada mutakhir ini. Sudah pasti kita dapati kemenangan Islam banyak berlaku pada bulan Ramadhan, seolah-olah mengisyaratkan kepada kita bahawa bulan Ramadhan memberi kekuatan kerohanian, spiritual dan juga semangat yang kental sehingga dapat melakarkan kemuncak kejayaan.
Benarlah kata Buya Hamka: Hidup kita hanya sekali, justeru biarlah beerti. Maka ambillah peluang Ramadhan yang akan menjelma tiba untuk diisi dengan sebanyak-banyaknya amalan yang soleh. Inilah musim durian runtuh kebaikkan dan kebajikkan. Marilah kita merebut peluang ini.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan bulan Ramadhan al-Muabarak sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah, yang boleh melonjakkan kita ke persada kejayaan.
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita. Sekali lagi diucapkan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Akhukum Fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
15 Jun 2015 bersamaan 27 Sya'ban 1436H


Thursday, June 04, 2015

Tiffany Green with Old English Rose



Salaams and Hello readers,

Alhamdulillah wa syukru lillah kita semakin menghampiri Ramadhan. Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rejab dan Sya;ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan ramadhan. Allahumma ameen.



Masih lagi working with the same design but different color.  Sangatlah mencabar mencari-cari warna yang sesuai nak digandingkan bersama.  Memula me guna red raspberry for ruched roses tapi sangat-sangat outstanding macam enau dalam belukar (muahaha) hingga menenggelamkan warna-warna yang lain so me kenalah bukak balik and tukar to pink belachan (wakakak) or old english rose nama glamer sikit (hiks).


Ok nak cerita sikit bab Syamail Muhammadiah.  Currently Me follow kelas ustaz Adzlan on saturday dekat Nur Ala Academy Plaza Damas from 2:30 - 4:30 pm. Pada yang berkelapangan jemput hadir Tiada yuran dikenakan.   Boleh like page Nur Ala Academy untuk maklumat lanjut tentang siri kuliah-kuliah yang diadakan.  

Bila follow kelas syamail memang seronok sebab kia rasa dekat dengan Rasulullah s.a.w. Permulaan bab kita akan belajar tentang fizikal bagida seterusnya tentang pakaian, rambut, makanan, minuman, minyak wangi, penutup kepala rasulullah s.a.w dan seterusnya.  Disamping itu juga kita boleh mengenali sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan apabila kita khatam kitab syamail ini bermakna kita sudah membaca lebih kurang 415 hadis.  

Walaupun boleh sahaja baca terus kitab syamail muhammadiah karya imam tirmidzi ini tapi me memilih untuk bertalaki bersama guru sebab guru biasanya akan memberikan penerangan yang lebih jelas dan terperinci tentang maksud sesuatu hadis.  Moga Allah memberikan kefahaman dan ilmu yang bermanafaat.  Allahumma Ameen,

Happy School holidays dan selamat membuat persiapan untuk menyambut ramadhan.

Friday, May 15, 2015

Salam Isra' Mikraj



Kamu rela kerja 8 jam di pejabat buat boss;
hanya kerana kamu yakin, bahwa akhir bulan boss akan memberikan gaji kepadamu.

Padahal,
Kamu kerja menggunakan kaki dan tangan yg bukan pemberian boss.
Kamu kerja menggunakan mata dan telinga yg bukan pemberian boss.
Kamu kerja menggunakan otak dan fikiran yg bukan pemberian boss.

Semua adalah pemberian Allah,
Dzat yang telah menciptakanmu.
Nafas dan nyawamu adalah pemberianNYa.
Bahkan hidup dan matimu, semua berada ditanganNYA.

Tapi kenapa tatkala Allah memanggilmu dengan berkumandangnya ADZAN, agar kamu sujud dan ruku' kepadaNYA sebentar, tak lebih dr 10 minit, engkau ENGGAN melakukannya ?
Padahal, DIA juga menjanjikan SYURGA untukmu jika kamu mahu melakukannya,
Sedarlah semua insan Atau KAMU AKAN MENYESAL. Kerana sakitnya itu disana...
----------
JOM sholat..!
*kajian oleh Ust DR Syafiq Reza Basalamah, MA di masjid pertamina-cirebon, ahad.

Sunday, May 10, 2015

Ibu Mu, Ibu Mu, Ibu Mu


Assalamualaikum wbkth,

Selamat menyambut Hari Ibu buat semua yang mengunjungi dan membaca entry ini.  Biarpun ada perbezaan pendapat tentang sambutan perayaan ini, Me akui bahawa dalam syariat kita sememangnya di tuntut untuk sentiasa menghormati dan menyayangi ibu kita setiap masa tanpa perlu ada tarikh tertentu. Nak sambut pada tarikh tertentu pun tidak salah asalkan kita tau batas-batas dan tidak menyanggahi syariat dan ia mestilah dengan ILMU. 

Al-Quran dan sunnah menjadi panduan dan pegangan hidup kita maka me kongsikan petikan hadis dan Firman Allah swt semoga ia dapat menjadi panduan buat diri kita, anak-anak kita, anak-anak mereka dan anak-anak mereka seterusnya..Allahumma Ameen

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

@@@@@
Firman Allah SWT: 
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾

:Maksudnya: 
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik,maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat
(Surah al-Isra’: 23-25) 

Doa adalah bentuk bakti anak kepada orang tua seumur hidup-nya. Doa adalah satu-satunya cara yang diajarkan Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa Sallam bagi anak-anak yang pernah menyakiti orangtuanya namun mereka meninggal sebelum ia memohon maaf kepadanya. Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Baihaqi, Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa Sallam bersabda : 

“Bahwasanya akan ada seorang hamba pada hari kiamat nanti yang diangkat derajatnya, kemudian ia berkata “Wahai tuhanku dari mana aku mendapatkan (derajat yang tinggi) ini?. Maka dikatakanlah kepadanya “Ini adalah dari istighfar (doa ampunan) anakamu untukmu” (HR.Baihaqi)

Adapun doa yang diajarkan, ialah sebagaimana termaktub dalam al-Quran :

وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرً

"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Al-Isra’: 24)

Credit : vennyunita31.blogspot.com

Tuesday, May 05, 2015

Bahulu Perancis ala Edd Kimber



Assalamualaikum and Hello everyone.

Hiksss..memandai jer kan melayukan nama Lemon Madelaines nie. Buku Edd Kimber me beli since last year lagi.  Masa tu me tak berapa sihat, so selak2 buku pun takde feel langsung nak membaking. Lagi pun cari acuan sepapan bentuk madelaines nie tak jumpa kat kedai bakery around klang valley nie. Kalau online memang melambak2 and me malas nak beli kat ebay online since most seller imposed additional charge..mcm tax but not gst tau..hihihi



Masa gi survey2 harga barang baking kat Bagus Melawati me jumpa sebiji-sebiji acuan madelaines. So kenalah beratur dalam dulang. Nak guna kena letak banyak butter supaya tak melekat tapi outcome dia okey walaupun tak berapa nampak line2 tu. Rasa madelaines tu me suka bahulu lagi lah. Mana boleh lawan kuih traditional kita kan.  #bahulucicahairkopi# sedapkan.

Friday, April 03, 2015

Lena Destiny


Assalamualaikum and greetings to all readers

Salaam Jamadil Akhir.  Alhamdulillah ala kulli hal. Another same design but different colours and it will be few more *wink* jangan jemu ya..hiks..I felt that it is an interesting "conversation with colours".  There are a lot of eye training to work with colours.  Plates, cups, fabrics, books can always be your source of inspiration and even embroidered cardigan by lena lieu.




I am had found my comfortable pace, thus with the existing design I can complete it faster.  Lot of colour conversation will make it easier for me to understand the "chemistry" between them. I do agree that "Practice is a practical that make your work better till one day it become perfect" I have not reach that perfect yet, it is still very far but I do hope that will get near to it one day.  



I simply love colours and never bored to explore more be it bright or pastel. Love them all.

Till next entry, happy crafting my dear crafter friend. Take care and have a beautiful weekend ahead.

Saturday, March 14, 2015

Dear Me...



One of the sisters imparted this valuable advice to me and thought I'd share it with you guys...
She said, don't be too concerned about the matters of livelihood of your children... Your job is to raise them as good Muslims. Just make sure you give them la ilaaha illalaah and the dunya will come to them regardless.
Also don't raise them to be your pillar of strength in your old age... If they serve you, it's a bonus. But be assured it is Allah and only Allah who takes care of His creatures through apparent and unexpected means. So don't rely on the means too much.
By the time your children are prepared to leave your nest, make sure you have equipped them with sound knowledge of Allah's Book. If not, the entire Quran. Then let our kids read and know at least five suwaar which contain etiquette, code of life and conduct and great wisdom for society as a whole in them.
These suwaar are Al Baqarah, Al Nisaa, Al Noor, Al Ahzaab and Al Hujuraat.
Teach them the importance of sabr and trust in Allah. Know that Jannah and meeting Allah will make your hardships bearable and sweet and anticipating.
And lastly tell them...One day it's all gonna be over... And you will see the fruits of your efforts... You will be greeted by Angels who give you salaam... And you will then realise that you could have never made it this far if you did not know you had a meeting with your Creator, the Most Gracious, the most Merciful and your beloved Messenger.
This is the greatest hope and longing of a believer.
Believe in Allah...and go and face the world.