Thank you, Beautiful people :-)

Showing posts with label All about Life. Show all posts
Showing posts with label All about Life. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Salam Isra' Mikraj



Kamu rela kerja 8 jam di pejabat buat boss;
hanya kerana kamu yakin, bahwa akhir bulan boss akan memberikan gaji kepadamu.

Padahal,
Kamu kerja menggunakan kaki dan tangan yg bukan pemberian boss.
Kamu kerja menggunakan mata dan telinga yg bukan pemberian boss.
Kamu kerja menggunakan otak dan fikiran yg bukan pemberian boss.

Semua adalah pemberian Allah,
Dzat yang telah menciptakanmu.
Nafas dan nyawamu adalah pemberianNYa.
Bahkan hidup dan matimu, semua berada ditanganNYA.

Tapi kenapa tatkala Allah memanggilmu dengan berkumandangnya ADZAN, agar kamu sujud dan ruku' kepadaNYA sebentar, tak lebih dr 10 minit, engkau ENGGAN melakukannya ?
Padahal, DIA juga menjanjikan SYURGA untukmu jika kamu mahu melakukannya,
Sedarlah semua insan Atau KAMU AKAN MENYESAL. Kerana sakitnya itu disana...
----------
JOM sholat..!
*kajian oleh Ust DR Syafiq Reza Basalamah, MA di masjid pertamina-cirebon, ahad.

Sunday, May 10, 2015

Ibu Mu, Ibu Mu, Ibu Mu


Assalamualaikum wbkth,

Selamat menyambut Hari Ibu buat semua yang mengunjungi dan membaca entry ini.  Biarpun ada perbezaan pendapat tentang sambutan perayaan ini, Me akui bahawa dalam syariat kita sememangnya di tuntut untuk sentiasa menghormati dan menyayangi ibu kita setiap masa tanpa perlu ada tarikh tertentu. Nak sambut pada tarikh tertentu pun tidak salah asalkan kita tau batas-batas dan tidak menyanggahi syariat dan ia mestilah dengan ILMU. 

Al-Quran dan sunnah menjadi panduan dan pegangan hidup kita maka me kongsikan petikan hadis dan Firman Allah swt semoga ia dapat menjadi panduan buat diri kita, anak-anak kita, anak-anak mereka dan anak-anak mereka seterusnya..Allahumma Ameen

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

@@@@@
Firman Allah SWT: 
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾

:Maksudnya: 
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik,maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat
(Surah al-Isra’: 23-25) 

Doa adalah bentuk bakti anak kepada orang tua seumur hidup-nya. Doa adalah satu-satunya cara yang diajarkan Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa Sallam bagi anak-anak yang pernah menyakiti orangtuanya namun mereka meninggal sebelum ia memohon maaf kepadanya. Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Baihaqi, Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa Sallam bersabda : 

“Bahwasanya akan ada seorang hamba pada hari kiamat nanti yang diangkat derajatnya, kemudian ia berkata “Wahai tuhanku dari mana aku mendapatkan (derajat yang tinggi) ini?. Maka dikatakanlah kepadanya “Ini adalah dari istighfar (doa ampunan) anakamu untukmu” (HR.Baihaqi)

Adapun doa yang diajarkan, ialah sebagaimana termaktub dalam al-Quran :

وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرً

"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Al-Isra’: 24)

Credit : vennyunita31.blogspot.com

Saturday, March 14, 2015

Dear Me...



One of the sisters imparted this valuable advice to me and thought I'd share it with you guys...
She said, don't be too concerned about the matters of livelihood of your children... Your job is to raise them as good Muslims. Just make sure you give them la ilaaha illalaah and the dunya will come to them regardless.
Also don't raise them to be your pillar of strength in your old age... If they serve you, it's a bonus. But be assured it is Allah and only Allah who takes care of His creatures through apparent and unexpected means. So don't rely on the means too much.
By the time your children are prepared to leave your nest, make sure you have equipped them with sound knowledge of Allah's Book. If not, the entire Quran. Then let our kids read and know at least five suwaar which contain etiquette, code of life and conduct and great wisdom for society as a whole in them.
These suwaar are Al Baqarah, Al Nisaa, Al Noor, Al Ahzaab and Al Hujuraat.
Teach them the importance of sabr and trust in Allah. Know that Jannah and meeting Allah will make your hardships bearable and sweet and anticipating.
And lastly tell them...One day it's all gonna be over... And you will see the fruits of your efforts... You will be greeted by Angels who give you salaam... And you will then realise that you could have never made it this far if you did not know you had a meeting with your Creator, the Most Gracious, the most Merciful and your beloved Messenger.
This is the greatest hope and longing of a believer.
Believe in Allah...and go and face the world.

Saturday, December 20, 2014

Universiti Kehidupan


Bismillah.

Salaams and hello friends :-)

Alhamdulillah ya Allah. Sakit itu adalah rahmat. Ia penggugur dosa-dosa. Ujian dari Allah datang dengan tiba-tiba tanpa tarikh, bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dan atas apa-apa sebab sahaja.

Firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 2 , "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)

Ujian Allah itu tidak memberatkan kita sebenarnya , Firman Allah dalam surat Al-baqarah ayat 286, Allah tidak memberati seorang melainkan apa yang terdaya olehnya.  Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa  atau kami tersalah . "Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orag-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami, Engkaulah penolong kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Alhamdulillah, me had undergo laparoscopy surgery procedure dan pemeriksaan rahim to find out kenapa me ada bleeding yang agak teruk hampir sebulan juga.  Dr. Suhaimi Hassan, had removed 4.4 cm left ovarian cyst, and finally the bleeding dah stop.  Maha suci Allah yang maha mengetahui dan dia juga maha menyembunyikan sesuatu, masa buat laparoscopy tu juga Doc nampak ada bengkak pada dinding rahim yang dikatakan fibroid. Mbe itu lah penyebab bleeding sebab masa ultrasound memang tak nampak. Lab result for both procedure pun Alhamdulillah.



Ini adalah ujian kehidupan yang banyak mengingatkan me tentang ayat-ayat yang me taddabur, pengajian fekah tentang istihadah dan solat orang sakit, bab-bab penyucian jiwa, ujian iman dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Apabila berada dalam operation room, melihat alat-alatan yang canggih, pakar-pakar dan jururawat yang terlatih mereka itu tetap berada dalam perhatian, pengawasan dan penguasaan Allah s.w.t.  Sesungguhnya kita memang tiada daya dan upaya melainkan dengan izin dan kudrat dari Allah s.w.t.  Saat me nak ditidurkan dengan bius sepenuhnya, me bersyahadah, memohon kepada Allah s.wt untuk menjaga diri yang lemah ini dan mengingatkan diri ini milik Allah s.w.t, bukan milik siapa-siapa.  Andai sudah sampai ketetapan masa Allah s.w.t menentukan me pergi menemuiNya maka ampunkanlah segala-gala dosa dan redhoilah akan diri ini kerana me tidak mau berjumpa Allah dalam keadaan Allah murka.  Ya Allah yang maha pengampun, suka mengampuni maka ampunilah aku.



Alhamdulilah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dengan rahmat yang sangat luas dan kasih sayangNya masih lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi ini. Syukran ya Allah yang telah  memudahkan segala urusan, doktor-doktor dan kakitangan yang merawat, keluarga yang banyak berkorban masa dan tenaga,  sahabat dan saudara atas doa-doa yang dipanjatkan.
Firman Allah dalam surah ar-rahman, Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Salmi Othman
Room 87, Columbia Asia Hospital, Setapak.

Monday, September 01, 2014

Love Ya Malaysia




Happy 57th National Day Malaysia

Bismillah.

Alhamdulillah wa syukru lillah.  I still remember my blog password *wink*.  I am working on the above project started one week before Aidil Fitri. Supposed to be ready before eid but the owner asked me to delay it and since she is my regular customer, I took my sweet time to complete it and move on to another project. Futher more after quite a long break in Syawal, I am having a syndrome ~ mental block~ huhuhu. 

Till we met again, see you when I see you. Take care ya :-)

Wednesday, July 02, 2014

Ramadan Mubarak


Bismillah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh buat semua pembaca muslim yang budiman.

Alhamdulillah wa syukru lillah, sudah memasuki malam ke lima bulan Ramadan. Hujan juga turun hampir setiap petang, meskipun amaran tentang kedatangan el nino membawa cuaca panas dan kering sebelum ini.  Biarpun sebelum puasa satu hari bekalan air terputus, kerana cuaca kering hampir 3 minggu panas dan berjerebu.  Alhamdulillah, hujan turun membasahi bumi di bulan yang banyak keberkatan ini.

Buat semua pembaca-pembaca dan sahabat-sahabat blogger yang beragama Islam Selamat Menjalani Ibadah Puasa.  Mudah-mudahan puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.  Mudah-mudahan juga kita dapat bertemu dengan malam yang kebaikannya adalah lebih daripada seribu bulan iaitu malam al-qadr.


Alhamdulillah, Mufti Ismail Menk kembali lagi ke tanah air kali ini selama sebulan memimpin solat tarawih di Masjid Besi, Putrajaya,  jauhnya alahai..harapnya diberi kesempatan untuk bertarawih bersama beliau disalah satu hujung minggu yang berkelapangan. Insyallah.


Satu-satunya kelas hujung minggu yang tak bercuti *wink*.  Pada yang berkesempatan, jemput datang bertalaki bersama UZAR membincangkan kitab bidayatul mujtahid (kitab perbandingan 4 mazhab) dan juga kitab Tipu Daya Iblis tulisan Imam Ibn Jauzi.  Biasanya kelas diadakan setiap hari sabtu ketiga bermula pukul 9:30 pagi hingga jam 12 tengahari.

Friday, June 13, 2014

Perihal Buku Catatan Amalan Kita


(Sekadar Gambar Hiasan, me pun tak tau nama bunga nie, me beli jer..hiks)

Bismillah.

Salaam Jumaat hari yang penuh barokah.  Hari perayaan mingguan bagi orang-orang Islam yang digalakkan kita antaranya memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w, bersedekah, membaca surah al-kahfi, berpakaian putih bagi kaum lelaki yang menunaikan solat Jumaat di masjid.

Alhamdulillah, semalam baru sahaja kita melepasi malam nisfu syaaban  Banyak perdebatan yang  berlaku tentang amalam-amalan yang dianjurkan pada malam nisfu syaaban itu sendiri.  Me tak nak sentuh isu tersebut, dan ingin berlapang dada. Tak terlepas daripada perbahasan juga adalah isu buku catatan amalan kita.  Me kongsikan disini catatan ringkas oleh Tuan Guru Dr Basit Abdul Rahman.  Semoga kita mendapat manafaat darinya.

CATATAN AMALAN

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.

Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُ
شْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.

3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-

Oleh Dr Abu Anas Madani 
(Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman)

Tuesday, May 27, 2014

Akidah


Bismillah.

Syukur pada Allah atas semua perkara.  Peristiwa Israk Mikraj bukan sekadar sirah tentang nabi muhammad s.a.w yang diisra'kan dan dimi'rajkan untuk menerima perintah menunaikan solat daripada Allah azza wa jalla.  Semua yang berlaku pada Rasulullah adalah penting bagi kita sebagai pengajaran kerana Rasulullah s.a.w adalah suri tauladan.

Perjalanan Isra' mi'raj merupakan salah satu episod penting dalam kehidupan Rasulullah s.a.w kerana bukan perjalanan biasa.  Ia dipenuhi dengan perkara-perkara diluar hukum adat manusiawi. Peristiwa Isra' Mi'raj ini harus dilihat dari kaca mata iman.  Sebab itu para sahabat pada zaman Rasulullah pun ada yang ragu-ragu dengan peristiwa itu kerana ia akan mengajar kita hal-hal yang berkaitan akidah dan keimanan. 

Asbab kepada ilmu bukan sahaja pancaindera dan akal tetapi juga berita benar yang dibawa oleh para nabi. Peristiwa ini termasuk dalam keharusan hukum akal walaupun bertentangan dengan hukum adat. Pengajaran terbesar dalam peristiwa Isra' Mi'raj ialah pengajaran tentang akidah.

Keenam-enam rukun iman ada dalam peristiwa isra' mi'raj iaitu :

Percaya kepada Allah yang wujud disebalik segala kejadian yang ada.  Kesemua kejadian menunjukkan kepada kewujudan Allah termasuk peristiwa isra' mikraj

Percaya kepada Rasul - bukti bahawa rasulullah s.a.w bukanlah insan biasa tetapi yang luar biasa kerana banyak perkara luar kebiasaan berlaku kepada Rasulullah s.a.w

Percaya kepada Kitab - Peristiwa ini diajar oleh al-Quran.  Kalau kita meragui al-Quran maka kita akan ragu dengan peristiwa isra' mi'raj

Percaya kepada Malaikat - ketika peristiwa ini nabi diperlihatkan bayt Ma'mur yang merupakan tempat perkumpulan para malaikat

Percaya pada hari akhirat - hal-hal hari akhirat dipertontonkan kepada Rasulullah s.a.w

Percaya kepada Qada' dan Qadar - ketentuan Allah dalam membawa Rasulullah s.a.w.


- Ringkasan syarah Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Pendidikan Akidah Dalam Peristiwa Isra' Mi'raj - Masjid Negara, Kuala Lumpur. 23 May 2014.

Mohon maaf andai ada kesilapan daripada catatan saya ini. Yang baik dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

Thursday, April 17, 2014

Summer


Bismillahirrohmanirrohim.

Alhamdulillah, panas tidak sampai ke petang kerana hujan datang mengganti. Hampir setiap hari sekarang paginya panas dan petangnya hujan. Syukur pada Allah yang menurunkan hujan tanda rahmatnya kepada kita semua. Namum paip air tetap juga kering. Catuan tetap juga diteruskan tanpa sebarang keputusan bila akan ditamatkan.  Catuan ini memang menyusahkan dan memenatkan. Redha itu pada ketentuan Allah atas cuaca panas dan kemarau tapi saya tidak redha pada insan-insan yang tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menguruskan air. Mereka pakar, mereka lebih tahu, tapi saya juga boleh berfikir, melihat dan menilai. Air itu adalah anugerah dari Allah s.w.t dan tidak seharusnya dijadikan bahan perniagaan untuk meraih keuntungan yang berlebihan daripada apa cara sekalipun baik dengan pembinaan empangan, agihan dan pengurusan.

Apakah catuan ini satu pendekatan yang akan diambil tiap kali berlaku musim kemarau?. Harapnya ini cuma jangka pendek, harapnya tahun hadapan sudah ada penyelesaiananya. Masalah krisis bekalan air ini bukan baru.pada saya, tahun lepas di awal tahun kawasan saya mengalami krisis air yang agak teruk kerana pam yang selalu rosak. Bilakah masalah pengurusan air ini akan berakhir?. Allahul'mustaan.

Sedikit perkongsian dari Laman FB Dr. Zul Al Bakri


Maka Aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampunm, nescaya dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.(Surah Nuh: 10-12)


Ibn Kathir berkata hendaklah kamu kembali kepada Tuhan daripada perlakuan yang tidak baik dengan bertaubat kerana sesiapa bertaubat pasti Allah menerima taubatnya sekalipun besar dosanya bahkan jika kamu beristighfar nescaya Allah mengurniakan hujan yang lebat daripada langit.

Sunday, April 13, 2014

International Art of Table Setting 2014

Bismillah.

Salaam and hello readers *smile*.  

Masa gi Mihas last week, sempat jugak me melencong ke Pavillion nak tengok pameran hiasan meja pelbagai budaya dari beberapa negara. Lama sungguh tak kesana sampai jakun darat jap lalu kat skywalk connecting KLCC dengan Pavillion..*awesome*.  Kalau me keje kat area tu lagi, sure every afternoon after office hour, afternoon walk jap from KLCC to Pavi to KLCC, it took me about 30 minutes approximately for return trip at normal pace..hihihihi..siap timing tu.

Okay jom cuci2 mata. Events organised by Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri, Kuala Lumpur (PERWAKILAN, KL), IWAKIL and embassies were invited to participate in this event with a theme. 



From Cuba, theme : Valentine day



From United States, Theme : Thanks Giving


From Ecuador


Cannot remember from which country, Theme : Ester


Country Netherlands



Table cloth from Cuba, cantikkan :-)



Country Turkey



Country Vietnam



From our beloved Country : Malaysia

Friday, December 27, 2013

Junk Garden


Bismillah.

Assalamualaikum and Hello readers *smile*

Muahhahaha...terpengaruh juga dengan gambar-gambar garden yang welly, azie, jue, afifi' kak yaya dila share (semua nie otai2 junk garden)..haishh memula saja jer buat-buat tak tau..lama2 cam suka pulak..maka keluarlah pertanyaan yang pelik2 kat DH kat mana nak cari sinki terpakai, paip, shower lama, raga ikan lama, meja dan kerusi sekolah rendah, galvanised basin and pail..wakakakak..kebosanan dengan pertanyaan yang malas nak jawab..DH pun suggest, cari lah semua tu kat Zimbabwee.adehhh dekat sangat..pesal tak suggest kat kuala lipis ke, pekan benta ke, raub ker, tampin ker..hiks..neway kalau dia ajak me gi Zimbabwe ok jugak, boleh lah me follow lecture mufti menk *wink*.

Kalau nak buat junk garden nie, mata tu kena cekap memerhati bahan-bahan terbuang ditepi2 jalan atau diluar-luar rumah ataupun dikedai makcik goreng pisang..maknanya kena gunakan mata side mirror kanan dan kiri selain depan, melainkan belakang..sampai sakit leher kadang2 pun ada..hihihi..sinki tu me cari kat kedai hardware, biasanya ada sinki2 dah tersumbing atau terpecah yang dibuang ataupun dijual dengan harga kurang dari RM20 yang me dapat selepas tawar menawar..cehh ada hati nak jual rm50..dah la pecah kat bibir sinki tu..mangkuk tandas pun ada, tapi memikirkan yang ruangan porch adalah sempit maka me kenalah berkira-kira juga apa yang boleh masuk, dan apa yang tak boleh.


Kerusi nie, dah lama tersadai bawah pokok sebelah gerai makcik jual goreng pisang, selalu beli kuih muih ngan goreng pisang kat situ, kesah pun tidak ngan kosi nie..makcik tu buat tempat letak barang2 dia..and tempat duduk tu dah pecah 2 tapi me tengok kat bahagian bawah tu dia dah ikat..maka me pun mula lah mengarang skrip macam mana lah nak mintak kosi tu dengan makcik goreng pisang..hahaha..makcik boleh tak bagi saya kosi nie, anak saya nak buat projek sekolah..kiikiki..jual nama anak lah pulak..hahaha..then me offer kosi plastik yang baru (strategi mesti ada )..nego punya nego akhirnya makcik pun setuju nak letgo..yippee..memandangkan me nak buat concept junk, maka cat merah itu adalah cat yang me dah tersilap beli dulu, just guna ajer apa yang ada..


Baja Mikrob dan Kultur memang sangat serasi dengan ros pink nie..rajin kembang berjemaah..nie antara beberapa ketul rose yang me ada..malas nak bela banyak2 sebab me pun bukan selalu free, ada masa tak tertengok juga.


Idea nie me dapat dari welly dan azie, memula letak bunga dalam teapot tu, tapi susah nak maintain sebab bila siram air selalu, nanti takut berkarat pulak besi tu, so me tukar letak milk jar jer semua.  Sakit tangan jugaklah nak pasang ring tu..entah berapa kali adjust..masa beli rantai tu me suruh jer, tokey kedai tu potong siap-siap panjang mana me nak. senang sikit sebab dorang ada alat..kalau nak harap pemotong yang me ada tu, cuma lepas potong dawai ajer..hihihihi


walala, me ada jiran baru..pet dia sampai 4 ekor, mood nak bergarden baru datang, aihhh tetiba bau-bauan yang menusuk hidung sampai ke tekak rasa..terpaksalah masuk dalam rumah, tutup pintu dan tingkap semua kerana bau-bau yang dibawa angin kadang2 sampai dalam rumah. Macam-macam pewangilah dah me beli, kekadang me siram downy..(hahahah bukan takat pewangi baju tapi jadi pewangi lantai dan longkang depan rumah) juga kerana disitu sudah menjadi loji bagi "mereka" berempat ekor.  Me tak salahkan anjing-anjing tu sebab binatang tidak bersalah. Yang bela tu, sebab nak save bajet taknak beli pasir jadi najis-najis tu disalirkan ke longkang setiap hari..bayangkanlah..sebelum nie owner rumah nie bela anjing juga, tapi takde lah busuk bacin sangat baunya.  Memang sangat stress dibuatnya..kalau ditegur nanti jadi gaduh pula..itupun dia taruk perspec (me main tulis jer seperti yang dia sebut) and dia ada bagi tau dia nak bela pet, memula kata 2 jer tapi sampai 4..'sigh'..me tak kisah nak bela 10 pun takpe, nak bela singa pun takpe..janji jagalah kebersihan..kena fikir juga jiran kiri kanan..cemana me nak wat barbeque kat luar, kadang2 family me yang ramai tu selalu makan2 kat luar..aduhhh..dilema betul..

okaylah panjang dah me menulis nie, nak sambung menjahit balik..till next entry..take care and enjoy your holidays

Sunday, December 01, 2013

When life gets hard


Salaam and Hello readers :-)

Sharing this beautiful notes from the page of  The Real Beauty of Islam Nikah-Marriage 

- 4 things Allah wants you to remember when life gets hard. 
We’ve all had days (and maybe even years) when life just doesn’t seem to be going our way!In the grand scheme of things, a stressful morning doesn’t impact life or eternity all that much, but in those longer seasons of joblessness, sickness, financial stress, marriage strain and other ongoing life events, the stress and frustration can seem overwhelming. Here are a few things I’ve learned to remember in those challenging seasons of life that have helped me and I pray they help you as well!




1. Remember that your Character should always be stronger than your Circumstances.

We can’t always control what happens to us, but we can always control how we choose to respond. In those moments when I choose to stop complaining and instead give thanks to Allah for the good in my life, the parts that seem bad start to seem much less significant. Choose to keep a positive attitude and thankful heart regardless of what you’re going through.


2. Remember that your Struggles always lead to Strength.

Every difficulty in your life, whether big or small, is something Allah will use to produce more strength, faith and perseverance in you if you let Him! All your pain has a purpose.

Allah says: '' (Every) fruit (enjoyment) will be there for them; they shall have whatever they call for; '' (Quran 36: 57)

3. Remember that Allah’s timing is always perfect.

Allah’s plans are almost always different from our plans, but His plans are always perfect! Have the patience to wait on His timing instead of forcing your own. 

4. Remember that Allah will never leave your side.

You may feel like you’re going through this struggle all alone, but from the moment you ask Allah to bring you on the straight path, He will be by your side to the end so never lose hope!

Friday, December 28, 2012

Ketika Engkau Telah Berusia 40 Tahun




Salaam Jumuah Mubarokah,

Sekadar buat peringatan diri ini, jazakallahu khairan khatira buat sahabat yang jauh dimata tapi dekat dihati kerana saling mengingati bahawa matlamat hidup didunia ini bukan hari tua tapi hari akhirat.

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... “Jika engkau telah berusia empat puluh tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal shaleh siang maupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah ‘Azza wa Jalla semakin dekat.

Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kausia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi”.


Oleh karena itu beramallah sesuai kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berdzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari dzikir. Dzikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring maupun sakit. Dzikir adalah ibadah yang paling mudah.


Rasulullah saw bersabda : “Dan hendaklah lisanmu basah dengan berdzikir kepada Allah swt.”


Bacalah secara berkesinambungan doa’ dan dzikir apapun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berdzikir kepada Allah swt adalah karena kebaikannya. Ia akan mengaruniamu”

“Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, seyogyanya sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. Tentu ia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Kamu telah menyia-nyiakan sebagian besar umurmu, oleh karena itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu. Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt”.


“Seseorang yang telah mendekati ajalnya ( berusia lanjut ) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca dzikir yang ringkas tetapi berpahala besar. Dzikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang.





Jika sebelumnya kau sedikit melakukan shalat dan puasa sunah, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak bershalawat kepada Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt bershalawat kepadamu sekali saja, maka satu shalawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu.


Sebab, engkau bershalawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt bershalawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya. Ini jika Allah swt bershalawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap shalawatmu dengan sepuluh shalawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih?


Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berdzikir kepada-Nya dan bershalawat kepada Rasulullah saw.”



“Orang yang menggunakan masa sehatnya untuk bermaksiat kepada Allah swt adalah seperti seorang anak yang mendapat warisan dari ayahnya sebesar seribu dinar, kemudian ia gunakan semua uang itu untuk membeli ular dan kalajengking yang sangat berbisa yang kemudian mengelilingi dan menggigitnya.


Bukankah ular dan kalajengking tersebut akan membunuhnya? Kamu gunakan masa sehatmu untuk bermaksiat kepada Allah swt, maka nilaimu adalah seperti burung pemakan bangkai yang terbang berkeliling mencari bangkai, dimana pun ia dapatkan, maka ia segera mendarat.

Wallahu a'lam bishawwab ...

::: Nasehat Imam Ibnu Athaillah :::

Saturday, October 13, 2012

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH and KORBAN.

salaams to all my muslim readers,

Menjelang 1 zulhijjah yang dijangka pada 17 October ini dikongsikan amalan-amalan yang sunat kita lakukan sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah oleh tuan guru yang saya hormati Dr. Basit Abdul Rahman.
.
KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH and KORBAN.


Semoga bermanafaat kepada semua.

Tuesday, July 17, 2012

Marhaban Ya Ramadhan


Salaam ramadhan :-)

Buat semua pembaca blog muslimah yang dikasihi, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada anda semua diatas coretan-coretan saya didalam blog ini atau komen2 yang ditinggalkan di blog-blog anda yang mengguris dan menyinggung perasaan anda tanpa saya sedari.  Saya hanya manusia biasa yang sudah pasti akan melakukan kesilapan dan kekhilafan. 

Firman Allah s.w.t

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang sebelummu agar kamu bertaqwa.  Yaitu dalam beberapa hari tertentu.  Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang  ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.  Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) untuk membayar fidyah, (yaitu) memberi makan orang miskin.  Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya.  Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (QS2: 183-184, Surah Al baqarah)

dan seterusnya lagi

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah)  bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).  Kerana itu barangsiapa diantara kamu hadir (dinegeri tempat tinggalnya) di bula nitu maka hendaklah ia berpuasa, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain.  Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.  Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada mu agar kamu bersyukur (QS. 2:185)

Selamat menjalani ibadah puasa :-)

Tuesday, July 10, 2012

Hardanger and Embroidery in Saigon



Salaams and hello readers *smile*

I was in Saigon four days --  free and easy trip with my family and friends.  It is easy to go around this clean and beautiful city with minor problem of language *wink* despite the language barrier we still managed to reach our destination even though sometimes the taxi driver did not understand English language and we have to use a sign language ..hiks..  Muslim food is expensive in Saigon, since we are not familiar with the area and place to eat, we have to ask around and it is not a problem since there are many Malaysian in this city especially at Benh Tham day and night market.  Some of them came for business purposes and some of them just like us shopping and sight seeing.

I was so happy managed to find hardanger embroidery tablecloth in Saigon as I have been looking for this needlecraft.  Hardanger is not easy to do as it need accuracy, precise and patience and I believe it is a dying art.  If I were to do this, I dont know if I can even make a placemat *sigh*


Another needlecraft that I bought while I was in Saigon is table runner with bullion stitch and combination of hardanger embroidery, it was very fine and detailed works stitch on linen. Vietnam people is meticulous and creative in embroidery works :-)




Benh Thanh market at Ho Chi Minh city, where you can find  your needs here from artificial flower, groceries, perishable items, clothing, accessories, bags and you really need to have a good bargain skill here.  Do bargain for at least 50% from offer price.  Dollar and ringgit accepted here and my preference for buying transaction as the item priced a bit cheaper as compared if we use dong.



Motor bike is their main transportation in this city.



Dekat sini, boleh tempah baju and siap next day, baju kurung traditional, blouse atau kemeja yang simple2 sebab kalau nak beading sekali amik masa few days.  My advice, kalau nak tempah baju kat sini, sampai ajer kat Saigon, terus gi tempah baju dulu, so that next day tu dah boleh ambil dan ada masa kalau kita nak buat alteration.  Bawak baju sample lagi better, sebab kalau amik ukuran, kadang2 ada yang bahu terbesar, pinggang terkecik (my own experience ).


Pasar malam kat Benh Thanh, memang banyak pilihan baju kurung siap, telekung ( me prefer lagi telekung di Jakarta), jubah dan stok setiap hari berlainan. Jadi kalau nak buat bisness, kena stay few days juga kat sini melainkan kalau kita amik direct from the supplier and no need to go to Pasar Malam. 


 
 Malaysian memang ramai kat sini, dan ianya adalah satu pemandangan yang biasa :-).  Till next entry,  happy sewing and crafting :-)

Monday, May 14, 2012

Passer Baroe, Jakarta



Salaam and Hello Readers,

Kalau ke Jakarta, me suka singgah ke sini.  Passar Baroe, Jakarta nie dulu dibangunkan oleh Belanda dan majoriti peniaga-peniaga disini adalah bangsa Cina.  Kalau datang sini, teringat macam kita dekat Petaling street sebab laluan pejalan kaki yang berbumbung.  Selain daripada kain, baju, beg, kasut dan pelbagai kosmetik dan alatan spa, me suka cari lace dekat sini.  Ada satu kedai jual imported lace daripada India..boleh pengsan tengok lace-lace dia semuanya cantik-cantik with reasonable price.  Bilalah kat m'sia nak ada kedai lace mcm nie *sigh*


Wall of lace, pelbagai jenis applique lace, kita pilih dari sini dan nanti sales assistant akan carikan lace2 tu.  Rambang mata di buatnya, macam-macam idea keluar time nie..hahaha sorrylah tuan punya telinga dalam gambar tu termasuk sekali..hiks



Lace ela, price range dari RM3 per meter sampai lah puluhan ringgit semeter, sangat cantik kalau tampal dekat baju.  My brother, spend masa lama kat sini sampai we all naik lenguh tunggu..dia pening la tu memikir lace apa yang sesuai untuk baju customer :-)


close up lace dia.  opppss mana pulak hasil tangkapan me kan, hikss..ader nanti me share tapi me tak beli lace ela nie, me beli yang applique saja for my Ribbon Embroidery project.

Till next entry, take care and happy stitching :-)