Thank you, Beautiful people :-)

Monday, September 14, 2015

Keutamaan 1-10 Zulhijjah



Assalamualaikum

Me mulai perkongsian ini dengan ucapan Innalillahiwainna ilaihirojjiun.  Allahumma firlahum war hamhum wa afihi wa'fu an hum pada mereka yang syahid di masjidil haram ketika kejadian kren tumbang pada Jumaat lepas.  Sungguh beruntungnya mereka di jemput ke rahmatullah pada hari Yaumul Jumuah, dimasjidil haram ketika sedang beribadah,  Moga mereka memperolehi khusnul khotimah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Insyallah, dengan izin Allah kita akan menempuh bulan zulhijjah esok dan 10 hari pertama yang digalakkan kita untuk memperbanyakkan amalan kita dalam tempoh tersebut.  Sedikit perkongsian tentang amalan yang kita boleh lakukan ketika dari 1 zulhijjah hingga 10 zulhijjah, moga bermanafaat buat pembaca semua. 

REBUTLAH PELUANG BERIBADAH PADA 10 HARI YANG MUBARAKAH (DIBERKATI).
قال الله تعالى :
"وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ." (سورة الفجر : ١-٢)
Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)." (Surah al-Fajr : 1-2)
Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata :
والليالي العشر المراد بها عشر ذي الحجة كما قاله ابن عباس وابن الزبير ومجاهد وغير واحد من السلف والخلف.
Maksud sepuluh malam tersebut ialah sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah sepertimana yang disebut oleh Ibnu 'Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan bukan seorang di kalangan ulama Salaf dan Khalaf.
Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:
"Tiadalah hari yang dilakukan amal soleh pada hari tersebut lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari pada bulan Zulhijjah.
Ditanya kepada Baginda: Sekalipun jihad di Jalan Allah?
Baginda menjawab : Sekalipun jihad di Jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan hartanya kemudian dia tidak kembali semula."
Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari rahimahullah.
CADANGAN DAN SARANAN
Perbanyakkanlah amalan berikut sepanjang hari yang mulia ini :
1) Bertaubat kepada Allah
2) Mendirikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah
3) Berqiyamullail
4) Beristighfar, berzikir dan berselawat
5) Membaca al-Quran
6) Berpuasa sunat khususnya Puasa Sunat Hari 'Arafah pada 9 Zulhijjah
7) Bersedekah
8) Hadir ke Majlis Ilmu
9) Berdoa untuk diri sendiri, ibu bapa, isteri / suami, anak-anak dan umat Islam.
10) Berkhidmat kepada keluarga dan rakan-rakan
11) Melakukan pelbagai amal kebajikan seperti menolong orang yang dalam kesusahan dan sebagainya.
BACA, AMAL DAN SEBARKAN.
Semoga bermanfaat untuk semua dan tersebar kebaikan.
"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan segala perkara yang Engkau sukai dan Engkau redhai."
الفقير إلى رحمة الله ومغفرته،
أبو عمار مدني،
عفا الله عنه وعن والديه وعن إخوانه وعن جميع المسلمين.
Semenyih, Selangor.
Ahad, 29 Zulkaedah 1436H - 13 September 201


No comments: