Thank you, Beautiful people :-)

Tuesday, February 28, 2012

Kepak Ayam Goreng Thai


Salaam and Hello everyone :-)

Duhh..kejap jer kan dah masuk hujung Februari *wink*..and school holiday is approaching in March..rasa macam baru jer cuti. Kepak ayam Thai nie, is our favourite recipe and easy peasy to do. Prepare dulu bahan2 rempah and perapkan selama satu malam is better or as suggested in the recipe is 6 hours atau paling sekejap pun dalam 1 jam. Lepas tu terpulang pada kita nak goreng, bakar atau grilled semua pun boleh belaka :-)

Jom semak resipi dia :

12 Keping Kepak Ayam
5 cawan minyak masak

Bahan Pemerap (dibancuh)
3 Akar ketumbar, dikisar halus-halus
3 Ulas Bawang Putih, dikupas dan dikisar halus-halus
1 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
3 sudu besar sos ikan (nam pla)
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh serbuk perasa (me guna 1 sudu besar sos tiram)
1 sudu besar gula kabung yang dihancurkan atau gula perang
1 sudu teh kicap manis (me tambah)

Sos Celup (dibancuh)
60 ml : 1/4 cawan jus limau nipis
60 gram : 1/4 cawan gula
4 ulas bawang merah, dikupas dan dihiris nipis-nipis
60ml : 1/4 cawan sos ikan (nampla)
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar gula kabung yang dihancurkan atau gula perang

Cara

1. Gaul kepak ayam dengan bahan pemerap rata-rata dan disimpan dalam peti sejuk selama 6 jam
2. Panaskan minyak dan goreng terendam kepak ayam hingga masak. Hidangkan dengan sos celup

Resipi kepak ayam nie me ambik dari buku Azrah Kamala Sashi - Selera Sajian Thai. Biasanya kalau bulan puasa, rajinla me menyelak buku nie :-).

Till next entry, take care everyone..me nak sambung siapkan Chart and Charms *sewing room*..stay tune for the update. .x0x0

8 comments:

Gee said...

salam salmi,

terliuq akak dibuatnye. nampaknya akak kena jadi rajin cam salmi lah, suka masak.

Salmi said...

salaam kakgee :-)..cuba lah kak senang jer nak buat..kalau masa open house raya..sal masak kepak ayam nie dalam 150 keping kejap je abis..

Salmi Khairil said...

dapat sgt2 sedap..menu mesti cuba

shima said...

salmi
ingatkan tadi kat restoran, shima suka jalan2 cari makan... ngeeee

nampaknya kena singgah dapur salmilah.... he he

Salmi said...

salam salmi K - nanti cuba yer kalau ada kelapangan :-)

Salmi said...

salam shima- sila2..anytime pun boleh :-)

Kay said...

so tasty... so yummy!!

Salmi said...

thank you, kay :-)