Salaams and Hello readers
This is my comfort food *smile*. Here is the recipe. Selamat Berhujung minggu :-)
3 Keping tauhu lembut
(Masak air hingga mendidih, matikan api dan masukkan tauhu dan tutup periuk. Ketepikan.
Hiasan
1 tangkai daun sup (hiris halus)
1 tangkai daun bawang (hiris halus)
5 biji bawang kecil (hiris halus dan goreng kekuningan)*
3 sudu makan udang kering (goreng dan tumbuk kasar)*
*simpan minyak goreng udang kering dan bawang tadi sebab nanti akan digunakan semula
Bahan untuk Sos
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
3/4 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara membuatnya
Tumbuk bawang putih dan bawang besar hingga lumat dan tumis menggunakan minyak gorengan tadi. Bila sudah kekuningan, masukkan air, sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. Bila sudah mendidih, masukkan tepung jagung dan masak mengikut kepekatan yang kita suka. Angkat tauhu dan toskan, curahkan sos diatasnya dan taburkan daun sup, daun bawang, udang kering dan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan
2 comments:
Thanks for the recipes and keep them coming, all the best.
salaam kay, most welcome..insyallah..
Post a Comment