Thank you, Beautiful people :-)

Friday, May 10, 2013

Ahlan Wa Sahlan Rejab




Bismillah.

Selamat menyambut bulan Rejab dan marilah kita membaca doa diatas.  Walapun status doa diatas dikategorikan sebagai dhaif (lemah) tak salah kita membacanya asalkan kita tidak meletakkan keyakinan yang ia benar-benar daripada Rasulullah s.a.w. Rejab ertinya mulia dan bulan ini merupakan salah satu bulan "haram" dalam kalendar islam selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam yang diharamkan untuk berperang.. 

Iman Syafei telah menyenaraikan malam 1 Rejab adalah salah satu malam dimana pintu langit terbuka dan waktu yang mustajab untuk berdoa (perkongsian ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree).  


Kebelakangan ini banyak sebaran tentang kelebihan bulan Rejab terutamanya di FB tanpa ada sandaran daripada hadis-hadis yang sahih.  Ancaman Rasulullah s.a.w kepada mereka yang berdusta atas nama baginda Rasulullah s.a.w adalah berat, seperti hadis berikut : 

Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." (Muttafaqun 'alaih)







Pesanan dari Ibnu Hajar Al-Asqalani ialah teruskan beramal seperti biasa iaitu berpuasa pada Isnin & Khamis, Qiyamullail di 2/3 malam dengan solat Tahajjud & Witir, serta membaca Al-Quran dan melakukan  amalan yg bersandarkan dalil yang sahih.  




Kenapa sebaran ini dikatakan palsu, pertama umum mengetahui bahawa buku catatan kita diangkat pada malam 15 syaaban dan akan digantikan dengan buku baru.  Saya tidak menemukan hadis yang menerangkan tentang ini, tapi ramai ulama yang menceritakan tentang pertukaran buku pada malam 15 syaaban.  Memohon maaf itu sepatutnya dilakukan pada bila-bila masa kita melakukan kesilapan dan bukan apabila tiba bulan Rejab sahaja.  Akhir sekali, "Barangsiapa yang memperingatkan bulan Rejab kepada saudara2 semuslimnya maka api neraka..diharamkan menyentuhnya..ini adalah HADIS PALSU kerana tidak ditemukan langsung hadis ini didalam himpunan hadis tentang kelebihan bulan Rejab (*main tulis ajer*)

(mohon maaf pada guru2 yang telah membimbing saya andai catatan ini tidak jelas ataupun salah kerana saya hanyalah manusia biasa yang masih kekurangan ilmu dan memerlukan bimbingan).

Selamat beramal :-)

2 comments:

kakrose said...

terlampau banyak maklumat yg nak di share sampaikan tak tahu yg mana benar dan yg mana palsu, kecuali minda yg dipenuhi dgn ilmu :-)

Salmi said...

ye la kak, tak salah nak share tapi pastikan ianya dari sumber yang sahih terutama bab2 ibadah nie..