Thank you, Beautiful people :-)

Wednesday, September 11, 2013

Kelas Kek Komersil 1 - Chef Amer


 Bismillah.

Assalamualaikum and Hello readers *smile*

Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga me attend kelas Chef Amer - Kelas Kek Komersil 1 dekat The Dessert Table, Mutiara Damansara.   Kelas kek komersil Chef amer ada 5 siri dan kita boleh pilih mana-mana kelas yang kita suka bergantung kepada jenis kek yang kita nak buat..(rasa macam nak pergi semua sebab semua resipi kek chef amer sedap2).  Kelas Chef Amer, biasanya kelas demo dimana cake tu dia dah siap-siap baked, sebab kalau nak buat 4 kek dalam sehari - hands-on memang tak cukup masa.  Chef akan demonstrate macam mana nak buat cake filling, icing dan tugasan menghias kek diserahkan kepada student yang dibahagi mengikut group.


Chef Amer share banyak tips tentang baking dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan antaranya memilih antara single action baking powder atau double action baking powder.  Me ingat double action baking powder tu mendoublekan kenaikan kek (hiks)..nay nay nay..double action means 2 tindak balas, pertama tindak balas bertemu dengan bahan cecair dan kedua tindak balas bila bertemu dengan kepanasan..owhh gitu..single action baking powder pula hanya bertindak balas ketika bertemu dengan cecair so kalau guna single action baking powder, please do not delay membakar yer sebab nanti cake jadi flat bila kita bakar kalau kita biar lama diluar..unlike double action baking powder yang akan bertindak balas sekali lagi bila bertemu kepanasan oven so, ia adalah lebih stabil dan kita boleh delay baking proses :-) bila perlu.


Barisan kek, ada 12 orang student, so dibahagi kepada 3 group, satu group ada 4 biji kek berlainan resipi, sebiji kek dibahagi 4 untuk dibawa pulang :-)



Chocolate Perfection Cake yang sedap, Chef kata "abang kepada chocolate indulgence" :-).  Masa nak mengganache (opss sorry DBP, memandai keluar perkataan baru pulak) kek nie, teringat sirap glukos yang digunakan untuk mencantikkan dan mengilatkan coklat ganache, ia juga boleh digunakan untuk menggantikan corn syrup yang digunakan dalam sesetengah resipi kek..corn syrup memang susah nak dapat dekat my housing area, me jumpa dekat supermarket kat Chitta Mall and lagi satu kat Centrepoint,  Bandar Utama tapi harga dia agak mahal sebotol kecil dalam RM16,  macam tak berapa berbaloi sebab nak guna dalam sukatan yang kecil, berbanding dengan sirap glukos yang jauh lebih murah harganya.




 German Blackforest cake, dulu2 me selalu rasa kek nie susah nak buat, tapi tak susah sebenarnya kalau kita tau teknik2 dia dan rasa dia memang sedap.  Ada buah cherry, cherry custard dan whipping cream..umphhh


Oreo Cheese Cake, actually ada dua jenis cheese cake yang me belajar, satu lagi yang jenis baked tak sempat nak snap gambar sebab kena rushing balik untuk majlis kenduri dekat rumah my sil sebelah malam. Oreo Cheese Cake nie jenis yang chilled.  Chef kata semua jenis Cheese Cake are best bila kita chilled overnight.  Cream cheese yang paling bagus adalah philladephia Cheese, followed by anchor and tatura.  Gunakan cheese pada suhu bilik dan pukul hingga betul-betul lembut, no worries sebab cheese takde problem kalau overbeat.  Based tu kalau guna biskut oreo, janganla buang cream dia yer, blend kan sekali :-)..oppsss sebelum nie me memang buang pun..hihihi.

Till next entry, daaaa :-)

No comments: