Thank you, Beautiful people :-)

Monday, March 17, 2014

Sweet Yana





Salaams and Hello Everyone :-)

Alhamdulillah wa syukru lillah atas upaya yang diberikan untuk mengupdate blog yang sudah sekian lama ditinggalkan.  Bermacam-macam alasan boleh diberikan sebab menyepi agak lama..hiks..hiks..semenjak catuan air bermula, me rasa dah macam boleh mendoublekan muscle lengan kiri kanan kerana menadah air dan mengangkat air berbaldi2 bila adakalanya catuan itu tak seperti yang dijadualkan.  Ada masa sepatutnya ada air 2 hari, tapi bekalan air yang sampai ke tap tu cuma sehari, sehari lagi pressure air slow cuma sampai kat porch ajer, dan masalahnya pam pulak rosak..aishhhh..setahun entah berapa kali pam wangsa maju tu nak rosak, syabas oii.



Ok, enough cerita air, now cerita pasal sweet yana aka pillow untuk yana yang sweet :-).  Mabruk Yana & Farid.  Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan - HR Tarmizi 1/316



Since 2 hari takde air, ehh cerita air balik..hiks..makanya me pun duduk diam2 siapkan pillow nie, took me almost 2 weeks juga nak siapkan.  Pattern nie insipirasi dari buku victorian embroidery.  Lama dah me beli buku tu and this is the first pattern yang me select from the book.  I have another 8 pillow in the list and hopefully sempat la siap before Syaaban..kejap kan masa berlalu.


The whole design, semua teknik yang me guna tu basic dalam ribbon embroidery.  Cabaran tu menggandingkan bunga2 yang sesuai and warna! warna!..kekadang buat me sembelit otak..fikir..hiks..


My pray goes to MH370, dalam situasi sekarang kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, sesiapa sahaja boleh memikirkan kan teori, konspirasi tapi ia akan remain sebagai teori atau konspirasi selagi pesawat itu tidak di temui.  Sesuatu yang diluar jangkaan kita, tapi tidak ada satu apapun kuasa atau kemampuan kita yang dapat menahan kehendak Allah s.w.t yang maha berkuasa, mengatur perjalanan seluruh alam baik yang dibumi dan dilangit dan diantara keduanya. Doakan yang terbaik buat mereka.

No comments: