Thank you, Beautiful people :-)

Thursday, April 17, 2014

Summer


Bismillahirrohmanirrohim.

Alhamdulillah, panas tidak sampai ke petang kerana hujan datang mengganti. Hampir setiap hari sekarang paginya panas dan petangnya hujan. Syukur pada Allah yang menurunkan hujan tanda rahmatnya kepada kita semua. Namum paip air tetap juga kering. Catuan tetap juga diteruskan tanpa sebarang keputusan bila akan ditamatkan.  Catuan ini memang menyusahkan dan memenatkan. Redha itu pada ketentuan Allah atas cuaca panas dan kemarau tapi saya tidak redha pada insan-insan yang tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menguruskan air. Mereka pakar, mereka lebih tahu, tapi saya juga boleh berfikir, melihat dan menilai. Air itu adalah anugerah dari Allah s.w.t dan tidak seharusnya dijadikan bahan perniagaan untuk meraih keuntungan yang berlebihan daripada apa cara sekalipun baik dengan pembinaan empangan, agihan dan pengurusan.

Apakah catuan ini satu pendekatan yang akan diambil tiap kali berlaku musim kemarau?. Harapnya ini cuma jangka pendek, harapnya tahun hadapan sudah ada penyelesaiananya. Masalah krisis bekalan air ini bukan baru.pada saya, tahun lepas di awal tahun kawasan saya mengalami krisis air yang agak teruk kerana pam yang selalu rosak. Bilakah masalah pengurusan air ini akan berakhir?. Allahul'mustaan.

Sedikit perkongsian dari Laman FB Dr. Zul Al Bakri


Maka Aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampunm, nescaya dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.(Surah Nuh: 10-12)


Ibn Kathir berkata hendaklah kamu kembali kepada Tuhan daripada perlakuan yang tidak baik dengan bertaubat kerana sesiapa bertaubat pasti Allah menerima taubatnya sekalipun besar dosanya bahkan jika kamu beristighfar nescaya Allah mengurniakan hujan yang lebat daripada langit.

1 comment:

kakrose said...

alhamdhulillah semua sudah selesai.harap tahun depan tidak berlaku lagi catuan air..