Thank you, Beautiful people :-)

Tuesday, June 03, 2014

Shabby Destiny umiroses and magnolias




Bismillah.

Alhamdulillah ala kulli hal (Syukur pada Allah s.w.t atas semua perkara).  Baru siap satu, 3 more to go *sigh* dengan ramadhan yang semakin hampir. Berminggu juga me mengadap kain kosong kaler beige nie, memikir untuk menghasilkan design yang mesti ada kaitan dengan interior living room serba indah milik kekanda ipar dan biras yang dikasihi..me mengambil kira kesemua faktor hiasan dalaman dan juga selera kekanda ipar me yang teliti dalam menata hiasan dalaman kediamannya. 



Design yang ada mixed ribbon and thread embroidery mengambil masa juga nak siapkan sedangkan masa yang lama dah diberi, salmi othman memang sukakan kerja-kerja last minit barulah otak dia boleh berfikir deras baik air sungai...hiks.  Memadan warna, bunga, pelakon latar, memilih warna-warna yang sesuai untuk digandingkan bersama juga adalah proses yang memakan masa juga sebelum satu projek itu dimulakan. Saya juga harus mengambil kira warna kemasan dalaman disesuatu kediaman supaya tak lari daripada tajuk..hahaha..kalau theme living room kaler purple mana nak match dengan warna-warna nie.




Melihat hasil yang siap, hilang sekejap segala masalah yang membebankan fikiran, bukan masalah me pun tapi orang yang suka sangat libatkan me sekali dalam kemelut meskipun me menjauhkan diri tapi paksa jugak me masuk gelanggang hanyalah kerana me ada kaitan dengan pertalian dia dan-dan-dan dengan DD semua pun terpalit dengan lumpur dia makanya me mengucapkan jazakillah khairan katsira kerana menjadi ladang pahala buat kami.


Inilah karya asal daripada Carolyn Pearce of New South Wales featured in The Bridal Inspiration. Kalau ikutkan design nie, bantal nie bentuk rectangle tapi me buatkan dia jadi segi empat sama 17  x 17 inch


Selamat menyambut kedatangan bulan Syaaban dan marilah kita bersedia untuk ramadhan dengan memperbanyak puasa sunat, berinfak, solat sunat, membaca dan taddabur al-quran dan menghadiri majlis-majlis ilmu (peringatan buat diri sendiri juga).  May Allah swt blessed and forgive us. Allahumma Ameen.

Take care and XOXO.

2 comments:

kakrose said...

cantiklah salmi.buat untuk siapa tu..

Salmi said...

kak yon, terima kasih kak, cushion nie untuk rumah abang ipar sal kak.