Bismillah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh buat semua pembaca muslim yang budiman.
Alhamdulillah wa syukru lillah, sudah memasuki malam ke lima bulan Ramadan. Hujan juga turun hampir setiap petang, meskipun amaran tentang kedatangan el nino membawa cuaca panas dan kering sebelum ini. Biarpun sebelum puasa satu hari bekalan air terputus, kerana cuaca kering hampir 3 minggu panas dan berjerebu. Alhamdulillah, hujan turun membasahi bumi di bulan yang banyak keberkatan ini.
Buat semua pembaca-pembaca dan sahabat-sahabat blogger yang beragama Islam Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Mudah-mudahan puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Mudah-mudahan juga kita dapat bertemu dengan malam yang kebaikannya adalah lebih daripada seribu bulan iaitu malam al-qadr.
Alhamdulillah, Mufti Ismail Menk kembali lagi ke tanah air kali ini selama sebulan memimpin solat tarawih di Masjid Besi, Putrajaya, jauhnya alahai..harapnya diberi kesempatan untuk bertarawih bersama beliau disalah satu hujung minggu yang berkelapangan. Insyallah.
Satu-satunya kelas hujung minggu yang tak bercuti *wink*. Pada yang berkesempatan, jemput datang bertalaki bersama UZAR membincangkan kitab bidayatul mujtahid (kitab perbandingan 4 mazhab) dan juga kitab Tipu Daya Iblis tulisan Imam Ibn Jauzi. Biasanya kelas diadakan setiap hari sabtu ketiga bermula pukul 9:30 pagi hingga jam 12 tengahari.
1 comment:
salam aidilfitri sal..
Post a Comment