Salaams and Hello readers,
Alhamdulillah wa syukru lillah kita semakin menghampiri Ramadhan. Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rejab dan Sya;ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan ramadhan. Allahumma ameen.
Masih lagi working with the same design but different color. Sangatlah mencabar mencari-cari warna yang sesuai nak digandingkan bersama. Memula me guna red raspberry for ruched roses tapi sangat-sangat outstanding macam enau dalam belukar (muahaha) hingga menenggelamkan warna-warna yang lain so me kenalah bukak balik and tukar to pink belachan (wakakak) or old english rose nama glamer sikit (hiks).
Ok nak cerita sikit bab Syamail Muhammadiah. Currently Me follow kelas ustaz Adzlan on saturday dekat Nur Ala Academy Plaza Damas from 2:30 - 4:30 pm. Pada yang berkelapangan jemput hadir Tiada yuran dikenakan. Boleh like page Nur Ala Academy untuk maklumat lanjut tentang siri kuliah-kuliah yang diadakan.
Bila follow kelas syamail memang seronok sebab kia rasa dekat dengan Rasulullah s.a.w. Permulaan bab kita akan belajar tentang fizikal bagida seterusnya tentang pakaian, rambut, makanan, minuman, minyak wangi, penutup kepala rasulullah s.a.w dan seterusnya. Disamping itu juga kita boleh mengenali sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan apabila kita khatam kitab syamail ini bermakna kita sudah membaca lebih kurang 415 hadis.
Walaupun boleh sahaja baca terus kitab syamail muhammadiah karya imam tirmidzi ini tapi me memilih untuk bertalaki bersama guru sebab guru biasanya akan memberikan penerangan yang lebih jelas dan terperinci tentang maksud sesuatu hadis. Moga Allah memberikan kefahaman dan ilmu yang bermanafaat. Allahumma Ameen,
Happy School holidays dan selamat membuat persiapan untuk menyambut ramadhan.
No comments:
Post a Comment