Salaams and hello everyone :-)
Alhamdulillah wa syukru lillah kita sudah berada dihari ke 24 dan malam 25 ramadhan. Semoga Allah menerima amalan dan ibadah kita semua. Allahumma Ameen. -- Sedetik -- terfikir bahawa sesungguhnya kita harus bersungguh-sungguh memohon kepada Allah s,w,t agar dipertemukan dengan Ramadhan dan diberikan kesihatan dan kekuatan untuk beribadah dibulan yang mulia ini. Ada yang Allah sampaikan tapi tidak diberi kekuatan dan kesihatan untuk berpuasa dan beribadah. My Bil had his open heart surgery at the early of ramadhan and my cousin now is in ICU due to leptospirosis. Allahul Musta'an. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka berdua kerana sakit itu mengugurkan dosa, dan diberikan kesembuhan. Allahumma Ameen.
My BIL said, after the surgery, he was given a second chance. I told him gently, not second but thousand of chance actually. Setiap hari bila kita dibangkitkan dari tidur, Allah telah pun memberikan kita peluang untuk terus hidup dibumi ini untuk mencari redhaNya, mematuhi perintah dan menjauhi larangannya. Manafaatkanlah peluang dan kesempatan yang ada untuk mencari bekalan bagi kehidupan yang kekal di perkampungan akhirat.
This is another design yang me pernah buat dulu. Kali nie dear customer request for baby blue fabric. Alhamdulillah, the color is available. Kadang-kadang tak semua color yang customer request tu available. Kena cari juga jenis kain yang bersesuaian. For this design, ambik masa seminggu juga nak buat color matching, kedang-kadang bila letak riben, nampak sesuai tapi bila dah diolah menjadi bunga, ia nampak "dull"..sangat mencabar, bila dah jahit kena bukak balik. Tengok berkali-kali kesesuaian warna-warna, kalau bukak banyak kali nanti takut rosak kain, so memang mengambil masa.
Jahitan riben memerlukan ketelitian, bukan sahaja dari pemilihan warna, finishing juga mengambil masa sehari juga nak touch-up setiap satu keping termasuklah kemasan jahitan dibelakang supaya riben tidak mudah terbuka atau tercabut.
Pada Ramadhan yang masih berbaki ini, marilah kita manafaatkan setiap malam pada 10 malam yang terakhir ini dengan qiam, tadarus, berzikir lebih daripada kebiasannya untuk meraih ganjaran yang dijanjikan pada satu malam -- yang lebih baik daripada 1000 bulan. Perbanyakkan zikir kita andai kita tidak boleh bersolat pada malam tersebut. Kalau nak buat kuih raya, jahit baju atau langsir, hatta cat rumah sekalipun lakukanlah sekali sambil berzikir. Jangan kita biarkan malam lailatul qadar itu berlalu tanpa kita isikan dengan amalan-amalan yang dapat membantu kita disana nanti.
Lazimilah doa yang diajarkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, yaitu saat
‘Aisyah bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku
mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?” kemudian Beliau Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab, “Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)
4 comments:
beautiful as usual <3
salam ramadhan kareem dan eid mubarak untuk Salmi sekeluarga
xoxo
Salam Perkenalan....cantik la....saya tak pandai2 lagi nak buat....majalah dah beli...
Salaam Fida, terima kasih. Insyallah, one day mesti fida boleh buat :-)
Salaam muna, thank you, happy eid mubarak muna dan family
Post a Comment