Thank you, Beautiful people :-)

Sunday, December 13, 2009

Topiary Cushion



Salaam Semua :-)

Fabrik motif topiary yang popular nie dah lama me beli dari Hazdi, bila rasa nak jahit me keluarkan lepas tu simpan balik. Bila mood malas datang hinggap..rasa mcm nak tempah jer. Masa me belek2 sample yang sedia ada tu (gambar bawah - sebelah kiri) rasa macam tak susah sangat nak jahit, erm pikir2 boleh tak jahit part zip tu..ngan piping keliling kusyen tu lagi..dah la me basic langsung tadek..kelas jahit beg kat Quilt Gallery tu pun me tak abiskan sejak enrol pada bulan march lepas..payah betul nak allocate masa sebab tanggungjawab dengan kerja dan keluarga yang wajib didahulukan.


Sempena cuti hujung minggu yang agak panjang, me pun menggigihkan la diri potong kain dulu..sambil memotong sambil tengok tv kan, sudahnya part yang depan tu jadi melintang pulak. DD bertiga tu sibuk tanya, "Ibu nak siapkan hari nie jugak ker?"..sabar jer la ngan statement tu..sbbnya dorang memang dah leh agak yang me takkan siapkan on the same day..mesti lepas potong2 tu simpan balik..hehehe..
sssssss

Sudahnya, siap jugak la hari tu sepasang tanpa piping keliling dan berjaya jugak me menjahit zip ..walaupun tak berapa kemas macam sarung kusen yang asal dan gelembung sana sini sikit sebab bentuk kusyen yang berlekuk dan berkorner membuatkan me adakalanya terbabas.., janji boleh sarung dan adalah rupa kusyen kan..kan..kan?..hahahaha…I am happy!..
ssss

Selamat menyambut awal muharam, moga kita semua diberikan rezeki, kebahagian dan kesihatan dalam keberkatan dan rahmat Allah s.w.t. Amin.

9 comments:

zs said...

salam sal,

ok la tu...janji kusyen blh masuk...kira dah jadi la tu...siap pasang zip...kain ni tebal, agak sukar nak jahit tambah2 dgn mesin portable...

Nur said...

Kak Salmi,
Cantik! :)

shima said...

salam salmi,
cantik la me, yg penting... berani buat sendiri... :) kan dah jadi tu... shima ni dalam kepala je nak buat... tp takut...salah emmmm

Salmi said...

Salam kak ani, hehehe ha ah kak, janji kusyen boleh masuk..betul tu kak memang kain tu tebal, so kalau tambah piping, memang tak muat nak masuk bawah tapak tu..thanks kak!

Salam yati, thanks soo much dear..

Salam shima, thanks dear..ekceli memang memula tu takut salah and terbengkalai, tapi pastu me redahh jer..hehehe..

Rose kakrose said...

salam sal,
Dah kira jadilah tu sal..cantik! :)

Salmi said...

salam kak yon, thanks kak :-)

Jess said...

Hi Salmi, how are you. My name is Jess, the owner of Kids Islands.

I come across your blog via Craft Zone, notice you are using heavy cotton in your work.

As I m offering heavy cotton to many Craft Zone member, I would like to invite you to browse through the heavy cotton I have via the link below.

http://kidsislands.blogspot.com/search/label/Fabric%20For%20Sale

I hope you like the prints that I m offering.

Please feel free to contact me if you need any further clarification.

Thank you and best regard
Jess

MamaTiaMia said...

salam salmi,cantiknya..so english..and fleur de paris tu so suka.tak nampak lekuk2 pun..kalau ada pun tu yang buat vintage and classic tu:)

Salmi said...

Salam mamatiamia, thanks for leaving me sweet notes..hehehe..yer yang berlekuk2 tu la "seni" kan..hiks..