Thank you, Beautiful people :-)

Monday, September 20, 2010

Mushroom Seafood Pie


Untuk chemp laling yang request recipe nie kat FB, sorry la terlambat mengupdate bukan sebab busy tapi sebab kemalasan dan kebuntuan nak menyusun ayat sepatah dua..hehehe..ok, here is the recipe. opss sebelum tu credit to penyumbang recipe Chef Hisham Attan yang me amik dari buku Asmah laili jugak. Memang tak menyesal cuba resipi nie..absolutely delicious !


Bahan - Pastri
  • 500 g tepung naik sendiri
  • 320 g mentega cair
  • 250ml susu
  • 1 x 10 inci acuan pai berbiku
Cara Pastri

Gris acuan pai. Ayak tepung kedalam sebua bekas yang besar dan lubangkan ditengah. Tuang mentega cair dan susu kedalam lubang. Perlahan-lahan gaul sehingga menjadi doh. Tutup doh dengan cling wrap dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit. Selepas itu canai doh, angkat dengan kayu penggelek dan letak didalam acuan pai. Rapikan. Tutup doh dengan kertas pembakar, tabur sedikit kekacang (kacang hijau) dan bakar (bake blind) selama 20 minit

Note : Me guna cara shortcut dengan membeli pastri yang dah siap kat peti sejuk beku Tesco. Kalau guna pastry ready made nie, dia berminyak a bit mcm puff nyer pastri tapi rasa OK. Guna sekeping ajer kalau bekas pai besar, may need to use 2 keping to cover base acuan tu.

Bahan - Inti
  • 6 sudu makan mentega
  • 50 g bawang merah cincang
  • 30 g parsli cincang
  • 4 tangkai daun bawang - hiris
  • 50 g tepung
  • 450 ml stok ikan ( me substitute ngan stok bilis cube jer, stok ayam pun boleh)
  • 250 ml susu
  • garam dan serbuk lada putih
  • 2 biji kuning telor
  • 800 g aneka makanan laut (ikut suka nak letak udang, sotong , ketam dan lain2)
  • 400 g cendawan segar dicincang. Cendawan tin pun boleh..ikut suka jugak
Cara membuat inti

Cairkan mentega dalam kuali. Tumis bawang merah sampai jernih dan lembut. Masukkan daun parsli dan daun bawang. Kemudian masukkan tepung, kacau dan tuang stok ikan dan susu. Pukul telor dalam mangkuk kecil dan gaul sedikit dengan campuran stok ikan. Selepas itu masukkan kedalam kuali tadi dan kacau hingga masak. Tuang inti kedalam pastri tadi, ratakan dan bakar dengan suhu 180 c selama 50 atau hingga masak.

Selamat Mencuba.

8 comments:

Chempaqa said...

salam kak
yihaaaaaaaa..dah dapat resepi nya..kena cuba nieh..tq kak 4 sharing....

HaniCheLat said...

sis, nampak sangat sedap. copy dulu resipi nih. thanks!

Mila@Rimbun said...

aiyaaaa sedapnyerrr.. tergodaz nak mencuba resepi nii.Thanks for the recipe

Magia da Inês said...

Olá, amiga!♥
Como é lindo seu blog!!!
Fiquei encantada com tanto trabalho bonito e sofisticado.
Seus bordados tem tanta ♥
delicadeza... maravilhosos.
A receita apetitosa.
Bom fim de semana!♥♥
Beijinhos.
♥♥Itabira
Brasil♥♥

MamaTiaMia said...

dear salmi,nampak sangat sedap lahh..dah lah mushroom my favourite..puasa pulak hari ni..ok dah your blog ni..dah boleh berkunjung:)

MamaTiaMia said...

Salmi..hurry they are closing down..semua at 50% off..kat KD banyak a few lagi venetian mirror tu..ramai chiese datang ambik barang banyak..i like the magazine rack and console table lah..weekend ni maybe pergi lagi:)

Salmi said...

thanks everyone..sorry me lambat reply..mood menulis yg sangat malas.

mamatiamia, thanks so much for the info. hari tu me pegi banyak yg dah abis..furniture yg cantik pun orang yg dah angkat..huaaaa..takde rezeki..sbb masa pegi yg pertama tu boleh lupa kedai kat mana..hihihi..then pegi balik..banyakk yang dah takde :-)..mbe kalau rajin nak ke subang wiken nie..

MamaTiaMia said...

salam salmi..jom tanam bunga:) boleh makan celah bunga:)