Thank you, Beautiful people :-)

Tuesday, May 27, 2014

Akidah


Bismillah.

Syukur pada Allah atas semua perkara.  Peristiwa Israk Mikraj bukan sekadar sirah tentang nabi muhammad s.a.w yang diisra'kan dan dimi'rajkan untuk menerima perintah menunaikan solat daripada Allah azza wa jalla.  Semua yang berlaku pada Rasulullah adalah penting bagi kita sebagai pengajaran kerana Rasulullah s.a.w adalah suri tauladan.

Perjalanan Isra' mi'raj merupakan salah satu episod penting dalam kehidupan Rasulullah s.a.w kerana bukan perjalanan biasa.  Ia dipenuhi dengan perkara-perkara diluar hukum adat manusiawi. Peristiwa Isra' Mi'raj ini harus dilihat dari kaca mata iman.  Sebab itu para sahabat pada zaman Rasulullah pun ada yang ragu-ragu dengan peristiwa itu kerana ia akan mengajar kita hal-hal yang berkaitan akidah dan keimanan. 

Asbab kepada ilmu bukan sahaja pancaindera dan akal tetapi juga berita benar yang dibawa oleh para nabi. Peristiwa ini termasuk dalam keharusan hukum akal walaupun bertentangan dengan hukum adat. Pengajaran terbesar dalam peristiwa Isra' Mi'raj ialah pengajaran tentang akidah.

Keenam-enam rukun iman ada dalam peristiwa isra' mi'raj iaitu :

Percaya kepada Allah yang wujud disebalik segala kejadian yang ada.  Kesemua kejadian menunjukkan kepada kewujudan Allah termasuk peristiwa isra' mikraj

Percaya kepada Rasul - bukti bahawa rasulullah s.a.w bukanlah insan biasa tetapi yang luar biasa kerana banyak perkara luar kebiasaan berlaku kepada Rasulullah s.a.w

Percaya kepada Kitab - Peristiwa ini diajar oleh al-Quran.  Kalau kita meragui al-Quran maka kita akan ragu dengan peristiwa isra' mi'raj

Percaya kepada Malaikat - ketika peristiwa ini nabi diperlihatkan bayt Ma'mur yang merupakan tempat perkumpulan para malaikat

Percaya pada hari akhirat - hal-hal hari akhirat dipertontonkan kepada Rasulullah s.a.w

Percaya kepada Qada' dan Qadar - ketentuan Allah dalam membawa Rasulullah s.a.w.


- Ringkasan syarah Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Pendidikan Akidah Dalam Peristiwa Isra' Mi'raj - Masjid Negara, Kuala Lumpur. 23 May 2014.

Mohon maaf andai ada kesilapan daripada catatan saya ini. Yang baik dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

No comments: