Thank you, Beautiful people :-)

Friday, October 31, 2014

Pink Roses - the minis


Bismillah.

Assalamualaikum & Hello.

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1436.  Sungguh cepat masa berlalu apabila sibuk dengan urusan2 seharian.dan ada kalanya waktu itu dirasakan lambat apabila kita tidak berbuat apa-apa.  Dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu perciikan api". (riwayat Tarmizi).

Ya Allah! sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima. Allahumma Ameen.

Those minis RE adalah permintaan close friend yang mula-mula introduced me to this Ribbon Embroidery many years ago.  She wanted to make a coin purse frame yang ada Ribbon Embroidery so me pun  buatkan satu sambil tu explore thread embroidery yang simple-simple. Lama dah tak buat bullions, so nanti lupa.


Wallahh..when hobby becomes a job..hiks..nie antara pillow yang me jahit for my customer,  She is one of my regular customer yang sangat bersabar dengan saya yang slow pace.  Belum lagi serik dengan saya and she had ordered few more pillows. Jazakallahu khayr sis for the trust and patience. Dekat rumah tukang jahit sebiji pun belum ada..hiks..


Red Velvet whoopie pies from Joy of Baking.  Memang sedap dengan texture yang gebu gebas unlike red velvet cake yang moist.  This one taste light and yummy with cream cheese filing  Adalah juga manafaat mastrad baking sheet yang me beli dulu. Kalau tak, sure tak guna sebab me dah malas nak bake macaroon unless my brother yang tengah dilanda angin membaking tu berjaya membuat macaroon untuk meniupkan api kedengkian supaya marak semula..muahahahaha..


Musim hujan nie cik lantana kuning jer lah yang sudi berbunga.  Me biasa beli yang warna kuning atau putih, warna-warna lain macam malas jer nak keluar bunga kat rumah nie..Pokok lantana nie memang ada bau yang kurang menyenangkan sikit.  Me punya petunia pun dah tua-tua semua..tunggu masa je nak remove, nak beli pokok baru tengok cuaca musim hujan..takut tak bertahan nanti sebab nak dapatkan sepasu dua pun kena drive to Sungai Buloh Nursery, bukan takde kat nursery sekitar Ampang atau Ulu Kelang tapi Petunia berbunga lesu jer me tengok *hiks* macam tak berbaloi nak membeli..

See ya in the next entry. Take care and xoxo

3 comments:

Yati said...

Kak Sal punye hasil RE memang sangat cantik, tu sebab ada peminatnya. :)
Sedapnye tengok red velvet whoopie pies tu. :)

HaniFadil said...

Waaaa... inilah projek on going ye. cantik sangat!!

Salmi said...

salaam yatie, terima kasih
salam hani, terima kasih