Thank you, Beautiful people :-)

Monday, December 14, 2015

Marhaban Rabiul Awal



Assalamualaikum

Alhamdulillah wa syukrulillah kita sudah memasuki bulan Rabiul awal tanpa kita mengenepikan bulan-bulan lain didalam berselawat, melakukan sunnah sebanyak mungkin dan semampu kita, Bulan ini istimewa kerana ia adalah bulan kelahiran baginda rasulullah s.a.w..
Mari kita perbanyakkan selawat untuk melatih diri kita sentiasa berselawat, mari kita membaca sirah Nabi dan Syamail Muhammadiah bersama-sama keluarga suapaya kita kenal dengan Baginda Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabat baginda. Merasai dan meresapi dalam diri betapa besar dan jerih payah perjuangan Baginda dan para sahabat  didalam menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam ke seluruh alam.


Alhamdulillah, hampir 2 tahun lebih untuk khatam kitab ini bersama-sama Dr Shuhadak di Masjid Negara.  Bermujahadah untuk istiqamah hadir setiap bulan dihujung minggu dengan melawan nafsu malas dan penyakit lupa untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. Sunnguh lemah kami ini tanpa kekuatan dari Allah s.w.t.  


Salah satu kelebihan apabila kita membaca kitab-kitab tentang Rasulullah s.a.w ini kita akan membaca banyak hadis-hadis yang diriwayatkan contohnya dari kitab Syamail Muhammadiah sahaja kita akan membaca lebih 400 hadis.  Daripada periwayatan hadis itu juga,  kita  boleh mengenali sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

DH merupakan teman kuliah, teman berdiskusi tentang manhaj dan bab pengajian, berbahas tentang hukum apabila kami tidak sependapat dan juga hal khilafiah .  Dia juga menjadi jurucakap buat saya apabila ada soalan-soalan fiqh wanita yang mana saya sendiri tidak selesa untuk tanyakan secara terus dengan ustaz. Doakan kami istiqamah untuk terus berada di taman-taman syurga supaya kami dapat kongsikan apa yang kami pelajari dengan sahabat, kaum keluarga dan seterusnya keturunan kami.

اللهم أعني على ذكرك وشكرك، وحسن عبادتك
“Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika’"

Artinya: " Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu"

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Mu’adz, “Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu. Maka janganlah kamu lupa untuk membaca doa di setiap akhir shalat: ‘Allahumma a’innii ‘ala dzikrika wa syukrika, wa husni ‘ibaadatik.’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu).” (HR. An Nasa’i [1303]  dan Ahmad [21614]  Sahih Sunan Abu Dawud. )


2 comments:

kakrose said...

salam sal..muga kita beristiqomah membaca berselawat..

Salmi said...

salaam kak ros, insyallah kak