Thank you, Beautiful people :-)

Thursday, May 06, 2010

Tiramisu


Salaam buat semua..
K
Minggu nie, me memang sibuk kesana kemari, ditambah dengan yang cuaca panas..perlu sesuatu untuk menyejukkan diri dan hati..hikss..so me selak-selak buku asmah laili..senang je nak buat nie..and rasanya macam tag line buku asmah laili..mintak ampun sedapnya, so here is the recipe :
kkkkkkkkkk
21 keping biskut lady fingers bergantung kepada saiz dish kaca
whip cream
keju Berkrim (cream cheese) kacau dengan garpu untuk melembutkan
2 sudu makan serbuk kopi segera
2 cawan air panas yang baru mendidih
1/2 cawan susu evaporated milk
1 tin hirisan buah peach
beberapa biji stoberi
beberapa biji anggur
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh serbuk kayu manis
KK
Cara
KK
1. Bancuh kopi dengan air panas dan susu evaporated milk hingga rata. (me tambah 1 sudu besar susu pekat) bagi manis sedikit.
2. Celupkan segera sebatang biskut didalam air kopi susu dan atur didasar bekas kaca
3. Ulang satu demi satu dan atur rapi hingga dasar bekas kaca penuh dengan biskut. Biskut hendaklah dicelup satu persatu, kerana ia cepat lembik dan berderai. Sapu lapisan pertama dengan keju berkrim.
4. Ulang dan celup lagi biskut satu demi satu untuk lapisan kedua. Seterusnya sapu rata keju krim hingga mampat. Kemudian spray whip cream, sehingga rata dan tertutup.
5. Tabur serbuk koko dan serbuk kayu manis. Gunakan tapisan teh untuk menabur. Kemudian hiaskan dengan hirisan buahan peach, anggur dan stoberi.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2 jam. Tiramisu ini tidak boleh dipotong. Gunakan sudu semasa menghidang.
k
Selamat mencuba !.

6 comments:

Misa said...

kak salmi,

ala.. pagi2 tgk dah terliur.. issk.. lapar perut ni..



kak.. saya tanya jgn gelak ye.. orang tak biasa masak :p

biskut lady finger tu mana nak carik :p

Nur said...

wah, sedapnya!
Senang nak buat yek, masuk peti ais je.

Salmi said...

Salaam misa, biskut lady finger biasanya ada kat kedai2 bakery..:-)..akak pun tatau juga..so pi redah je kedai bakeri ..hehehe..jumpe :-)

Salaam yati, yer senang nak buat :)

HaniFadil said...

yummeh! me buat, bancuh kopi tu pekat2 , tak campur susu pun.. hehe..

Misa said...

ok kak salmi..

saya nak try le.. mcm senang.. kalu berjaya saya report ye :p

MamaDaniel said...

nmpk senang.. dan sedap... mana nak cari cream cheese ek kak? tq