Thank you, Beautiful people :-)

Thursday, March 17, 2011

Rainforest Taman Negara



Please bear with me as this is a long entry. We spend 3 days 2 nite at Taman Negara. We booked 4 family rooms. The hotel room is ok but very limited in house activities. Service so so ajer..time breakfast memang ada voucher tapi food yang dia serve sangat limited. Bila food abis tunggu dorang refill pun lama.. ada foreign tourist yang tak boleh terima slow service macam nie..so apa lagi..kena marah la waiter/waitress tu..hari kedua pun macam tu jugak slownyer..haishh..


Trip kali nie ada upset sikit sebab weather tak menentu..hujan sepanjang 4 jam perjalanan. Bila we all arrived kat Jeti Kuala Tahan..hujan renyai2 dan air sungai yang naik sampai ke tebing welcome us :-)..gerai kat depan sebelan kanan tu nampak bumbung ajer..rasa gerun tengok air sungai yang besar dan deras..so tak boleh la nak buat apa2 aktiviti hari we all sampai tu.


On the second day, alhamdulillah cuaca baik and we all pun terkejut tengok pulau kecik tu tetiba ada..and restoran terapung tu pun dah ada kat depan tu..bayangkan betapa besarnya air sungai tu pada hari sebelumnya..


Since our hotel located at seberang Taman Negara, kena naik bot untuk menyeberang sungai ke Taman Negara dengan kadar RM1 seorang untuk perjalanan kurang dari seminit :-). Restoran2 terapung nie jugak dijadikan sebagai platform untuk penumpang turun dan naik bot dari/ke Taman Negara ataupun aktiviti boat ride.


Sebelum memulakan aktiviti, kena dapatkan permit untuk entry ke Taman Negara dekat Park Center dengan kadar RM1 untuk seorang (sah digunakan selama sebulan) dan permit untuk kamera adalah RM5 tak kira apa jenis..


Our first activity on the 2nd day ~ rapid shooting boat ride..kena sewa 2 bot sebab ramai..lagi pun air sungai still besar..original plan lalu 5 jeram dengan kadar sewa RM180 untuk satu bot..tapi bila sampai jeram ke 4...


We all tengok kat depan tu air deras..alamak boleh ke lepas nie..so tak nak amik risiko sebab memikirkan soal keselamatan..we all pun berpatah balik..then sambung ke aktiviti jungle trekking to Lubok Simpon yang jauhnya adalah 2km pergi dan balik dari park center..


We spot blue fern during our jungle trekking to Lubok Simpon..me adalah tak berapa nak ada mood amik gambar sebab fikiran terganggu dek pacat2 yang berkeliaran di laluan yang berlumpur dan becak menjadikan pacat2 hutan aktif dan cergas mencari mangsa yang lalu lalang....eeeyeww...




Laluan yang sedikit mencabar physical..menuruni curam yang licin disebabkan oleh hujan yang turun few days before..ken berhati-hati dan tali hanyalah pemegang yang disediakan..


Selepas berhempas pulas meredah becak, selut, menuruni curam, main slide kat laluan yang berlumpur sampai ada yang tergolek akhirnya jumpa la we all dengan Lubuk Simpon nie..dan memasing adalah sedikit kecewa tengok air keruh so tak dapatlah nak mandi manda kat situ and tetiba terlintas difikiran me sang buaya lah..anaconda lah..*gulp*..


Overall, it was a good trip for all of us. We really enjoy the nature, walaupun penat tapi berbaloi. Cuma sedikit kekesalan dengan keadaan tandas awam yang buatkan me rasa tak jadi nak masuk walaupun keadaan mendesak..harap sesuatu dapat dilakukan untuk meningkatkan kebersihan tandas awam disitu memandangkan Taman Negara merupakan tumpuan Pelancong Asing.

2 comments:

MamaTiaMia said...

salam salmi.wahh dah sampai ke taman negara ye..advanterous tu..anak2 dah besar okay kan:)sesekali seronok ya,tapi pacat tu takut jugak lah..hee..hee pacat binatang say apaling takut dengan ular:)tandas awam memang tahap teruk lah kat mesia ni kan..malu lah kat pelancong2 asing..memang kalau boleh jangan msuk dulu kalau nak makan:)re: ye lah salmi seb baik dah ada LEKAS ni..lalu bukit putus pun tengok dari atas ajer..dulu2 saya bujang selalu balik kg drive sorang lalu situ malam,memang meremang jugak bulu roma:)Now buku Tamar Jalis tu tak tau ada ke tak lagi kat pasaran kan:)

Salmi said...

Salaam mamatiamia...me nie nama jer orang pahang..tapikan genting highland lum pernah jejak lagi nie..taman negara pun baru je sampai..yes betul,kids dah besar senang sikit nak bawak ke taman negara sebab me rasa aktiviti yang ada kat situ tak berapa sesuai untuk small kids.pacat nie memang me tak suka sbb kalau mengigit nanti seminggu lebih baru hilang bekas/gatal2 tu....

bab2 tandas nie kan..sometimes subjectif pada sesetengah orang..pada dia keadaan itu acceptable..pada kita its is not acceptable..tahap seseorang melihat kebersihan tu tak sama rasanya..dulu2 kan suka baca karya2 tamar jalis..bukan percaya khurafat, tapi sekadar ingin tahu tentang kewujudan makhluk2 ghaib dan bagaimana mereka yang melakukan kejahatan itu dihapuskan dengan pertolongan dari Allah..