Thank you, Beautiful people :-)

Sunday, November 27, 2011

Floria @ Pudu Market



Salaams and hello everyone :-)

Penat2 mata duduk lama menjahit, fikir2 pasal kerja yang banyak baik di rumah mahupun di pejabat, tempat me nak release tension to look for beautiful flower usually is at pudu market. Me memang dah jadi regular customer kat florist nie close to 20 years *wink*. Sebab dah jadi loyal customer, hehehe..so me selalunya dapat harga Petaling street ngan dia..so takyah la bersusah payah nak ke PS yang me tak berapa suka nak pergi sebab susah nak cari parking kat situ walaupun DH nyer family memang suka pergi kat situ cari fresh flowers for their special occasion.


Tengok bunga-bunga nie, sangatlah eye therapy sebab ada macam2 kaler and selection esp kekwa and carnation.


Kadang-kadang me suka jugak beli yang kaler putih nie, nampak tenteram ajer tengok kan..tapikan, sampai sekarang, takde lah nak perihatin tanya nama bunga-bunga kat kedai nie..hehehe


Rambang mata dibuatnya, varieties of flowers for pelbagai occassion, meraikan yang tersayang mahupun untuk mengenang yang telah pergi sebab some of the flowers ada juga digunakan untuk upacara keagamaan kaum lain.


Puan florist, memang awet muda tau, wajah dia tak banyak berubah pun, mungkin la tengok bunga hari2 hati pun senang ajer, takpun dia makan kelopak bunga ros yang tak abis jual tu..hehehe..kan?..me pernah baca petua tu..jgn ikut ehh sebab tak dibuktikan secara saintifik *wink*


Cantikkan tiger lily nie, memang my favourite flower, ada kuning, pink and white minggu nie, and bau dia sangat sedap..cumanya minggu nie me nak beli bunga lain..dah lama tak beli bunga nie pasal dia selalunya tak tahan lama..abis kuat pun 3 hari jer, pastu layu..


I bought red roses for this week, since Puan Florist kata sekarang ros dah tahan lama..kita tengok la berapa lama dia tahan..lagipun thru my experience..bila me letak air rx-water bunga tahan lebih lama..like my carnation boleh last for more than one week..as compared bila me letak air paip biasa :-). Biasanya me beli dalam rm1 sebatang and rose nie, kembang dia besar unlike yang biasa me beli..mungkin nie hybrid yang baru yang didatangkan dari Cameron Highland :-)

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal hijrah 1433H to my muslim friends. Take care :-)

4 comments:

HaniCheLat said...

Wah. akak pun guna rx water ye? ini yang konpem nak beli ni. bestnya dapat bunga harga murah. dah brp kali beli fresh flowers untuk buat hantaran, mesti ke PS saya. tempat lain.. aduh, mahal.

Salmi said...

salaam hani, ha ah kak salmi memang guna penapis air RX-water :-)..ha ah kat florist tu memang dia kasi murah sebab dah biasa ngan dia..petaling street selain murah, banyak lagi choice dia..tapi since akak pun nak guna kat rumah jer..yg biasa2 pun ok dah :-)

Mrs. Fedex said...

ibu..
memang ada petua orang tua-tua tentang makan kelopak bunga ros ni..
tapi bukan bunga ros yang jual dari cameron tu tau..
ni bunga ros kampung yang ditanam sendiri dan tahu tahap ke-hygiene-an dia la.. bunga ros kampung yang bau sangat wangi dan kelopak dia senang terburai tuh..
masa nak kawen dulu, setiap hari mus ambil dua kelopak setiap pagi, selawat dan kunyah.. sedap rasa dia.. kat rumah mus, mak ada tanam.. dan mak memang tau la kalau kelopak dia kurang setiap hari.. kah.. kah.. up till now menjadi amalan.. boleh try.. sodap.. ekekekek..

Salmi said...

salaam mus, itulah ada jugak dengar petua tu..ros kampung akak dah mati..yang tu meamng wangi..dia kaler pink..la nie tak tau mana nak cari benih baru..kalau kat sungai buloh tu banyak yang hibrid punya..kat kampung akak pun makcik dah buang..kalau tak boleh jugak akak cuba :-)..