Thank you, Beautiful people :-)

Saturday, December 20, 2014

Universiti Kehidupan


Bismillah.

Salaams and hello friends :-)

Alhamdulillah ya Allah. Sakit itu adalah rahmat. Ia penggugur dosa-dosa. Ujian dari Allah datang dengan tiba-tiba tanpa tarikh, bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dan atas apa-apa sebab sahaja.

Firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 2 , "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)

Ujian Allah itu tidak memberatkan kita sebenarnya , Firman Allah dalam surat Al-baqarah ayat 286, Allah tidak memberati seorang melainkan apa yang terdaya olehnya.  Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa  atau kami tersalah . "Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orag-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami, Engkaulah penolong kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Alhamdulillah, me had undergo laparoscopy surgery procedure dan pemeriksaan rahim to find out kenapa me ada bleeding yang agak teruk hampir sebulan juga.  Dr. Suhaimi Hassan, had removed 4.4 cm left ovarian cyst, and finally the bleeding dah stop.  Maha suci Allah yang maha mengetahui dan dia juga maha menyembunyikan sesuatu, masa buat laparoscopy tu juga Doc nampak ada bengkak pada dinding rahim yang dikatakan fibroid. Mbe itu lah penyebab bleeding sebab masa ultrasound memang tak nampak. Lab result for both procedure pun Alhamdulillah.



Ini adalah ujian kehidupan yang banyak mengingatkan me tentang ayat-ayat yang me taddabur, pengajian fekah tentang istihadah dan solat orang sakit, bab-bab penyucian jiwa, ujian iman dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Apabila berada dalam operation room, melihat alat-alatan yang canggih, pakar-pakar dan jururawat yang terlatih mereka itu tetap berada dalam perhatian, pengawasan dan penguasaan Allah s.w.t.  Sesungguhnya kita memang tiada daya dan upaya melainkan dengan izin dan kudrat dari Allah s.w.t.  Saat me nak ditidurkan dengan bius sepenuhnya, me bersyahadah, memohon kepada Allah s.wt untuk menjaga diri yang lemah ini dan mengingatkan diri ini milik Allah s.w.t, bukan milik siapa-siapa.  Andai sudah sampai ketetapan masa Allah s.w.t menentukan me pergi menemuiNya maka ampunkanlah segala-gala dosa dan redhoilah akan diri ini kerana me tidak mau berjumpa Allah dalam keadaan Allah murka.  Ya Allah yang maha pengampun, suka mengampuni maka ampunilah aku.



Alhamdulilah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dengan rahmat yang sangat luas dan kasih sayangNya masih lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi ini. Syukran ya Allah yang telah  memudahkan segala urusan, doktor-doktor dan kakitangan yang merawat, keluarga yang banyak berkorban masa dan tenaga,  sahabat dan saudara atas doa-doa yang dipanjatkan.
Firman Allah dalam surah ar-rahman, Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Salmi Othman
Room 87, Columbia Asia Hospital, Setapak.

2 comments:

shima said...

Alhamdulillah salmi, semoga cepat sembuh, memang ALlah uji dlm pelbagai cara ttanda sayang dann tahu hambaNya mampu .. take care sahabat ...

Yati said...

Kak Sal apa kabor sekarang? Semoga kak Sal sihat dan sembuh sepenuhnya. Take care, kak.